March 4, 2010, 12:20 pm
Allah menciptakan manusia dengan 1001 design luaran yang sememangnya berbeza, tak ada satu pun yang sama antara satu sama lain. Pasti ada bezanya, walaupun sedikit. Sekalipun pasangan kembar yang hampir sama, tapi masih tidak serupa. Itu daripada segi luarannya yang kelihatan, bagaimana pula soal pemikiran dan perasaan? Soal persepsi dan sudut pandang? Sudah tentu ada bezanya, kalau tidak banyakpun, sedikit. Ust. Pahrol Mohd Juoi (Ketua Editor Majalah Solusi) pernah berkata dalam satu ceramah yang saya hadiri, “biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan”. Continue reading ‘Berlapang Dada Dalam Perbezaan Pendapat’ »
number of view: 75
June 2, 2008, 2:08 pm
Hmm…anda nak tahu apa perbincangan yang saya nak bawakan kali ni? hehe…rileks aaa…jangan gopoh-gopoh. Sebagai seorang manusia, kita selalu terdedah kepada kegopohan terutamanya jiwa muda yang membara-bara semangatnya. Tidak salah bersemangat. Tidak salah melakukan sesuatu dengan cekap dan cepat. Cepat tidak bererti gopoh. Jika sesuatu memang harus dipercepatkan, percepatkan saja dan jangan ditangguh-tangguh…Jika sesuatu memang tidak dapat hasilnya sekarang dan memang perlu ditunggu mungkin setahun lagi atau 10 tahun lagi, tapi kita hendakkan sekarang…nah, itulah gopoh namanya.
Kegopohan itu mengundang padah dan penyesalan di akhirnya…itulah fitrahnya. Jika kita terlalu gopoh hendakkan pohon tumbuh dan letak banyak-banyak baja, tak lama lagi mati la pohon tu…Jika kita tak sabar anak kita membesar dan bagi makan banyak-banyak, hmm…gemuk pula nanti. hehe…itu contoh.
Walaubagaimanapun, kegopohan itu luas skopnya dan banyak aspeknya. Ia datang dalam pelbagai keadaan. Gopoh nak menikah (cthnya baru umr 9 tahun dah nak nikah…huhu), gopoh nak kaya (masuk skim cepat kaya, bankrap jawabnya…), gopoh nak anak (suntik macam-macam, lastly terus tak leh beranak), gopoh nak sampai ke destinasi (bawak laju-laju terus accident), gopoh nak berjaya (tipu dalam peperiksaan) dan banyak lagi kegopohan…kadangkala disebabkan kegopohan inilah manusia membunuh, buat pinjaman along dan tak mampu bayar, derhaka pada mak ayah dan sebagainya…
Konsepnya mudah, kita harus bersifat adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya…jika perlukan masa berikan masa, jika perlukan segera kita segerakan..itu kan lebih professional dan tersusun. Jangan sampai kita memetik buah sebelum masak atau menuai sebelum kembangnya padi. hehe, nanti merana diri…
Anda pelajar? atau guru? atau ibu? atau ayah? atau apa-apa sahaja lah…mesej saya ialah:
JANGAN GOPOH YE…Habis tu??? BERSABARLAH…
number of view: 11
April 19, 2008, 3:08 pm
Sikap terburu-buru banyak meneggelamkan orang ke dalam kebinasaan dan kehancuran. Mengapa mesti terburu-buru?
sebelum Kita bicara soal terburu-buru, elok kita fahami bahawa terburu-buru tidak wajar disamakan dengan cekap dan pantas. tidak ada masalah melakukan kerja dengan cekap dan pantas tetapi jangan terburu-buru. dalam ertikata lain, kita boleh memahami ‘terburu-buru’ ini sebagai sikap melebihi batasan yang sepatutnya. Jika ada batasan-batasan jelas yang telah diletakkan dalam kita melakukan sesuatu pekerjaan, maka jadikanlah batasan-batasan tersebut sebagai landasan. Jangan melampauinya kerana anda akan dikatakan terburu-buru.
Itu secara teorinya, yang banyak sekali orang mengerti tanpa perlu diterangkan. Tetapi banyak orang yang gagal apabila memasuki alam realiti. Terutamanya dalam perkara-perkara yang memang memerlukan tempoh seperti menunggu padi tumbuh, menunggu keputusan temuduga dan sebagainya. Sabar dulu, jangan cepat melatah kerana itu tidak menyelesaikan masalah. Take your time, sit back and think for a while. berbincang lah dengan orang lain jika tidak dapat menyelesaikan sendiri.
Kesimpulannya, bersabarlah dan buatlah sesuatu mengikut landasan seharusnya
number of view: 0