Posts tagged ‘remaja’

Pemuda Islam: Mari Kita Muhasabah

Oleh: Hafiz Huzazi
Sumber: http://remajasempoi.blogspot.com

Saidina Ali ra, Mus’ab Bin Umair, Imam As-Syafie, Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Imam Hasan Al-Banna.

Ya Allah,hebat nama-nama yang disebut ini. Siapa mereka? Merekalah pemuda Islam yang telah mengubah dan mencorakkan dunia mengikut perspektif Islam yang tersendiri. Sungguh gilang gemilang catatan sejarah yang telah mereka ukirkan buat tatapan kita umat Islam khususnya pemuda Islam. Kehebatan mereka ini bukan terletak pada nama,pangkat, keturunan ataupun darjat tapi pada ke’intim’an mereka terhadap Allah swt dan RasulNya sehingga mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam hingga ke puncak kemuliaannya. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan bumi Allah ini dengan syariat dan kewajipan yang diturunkan Allah. Sungguh inilah jalan kejayaan sebenar buat mereka yang mahu menjejak kaki ke syurga bersama mereka. Continue reading ‘Pemuda Islam: Mari Kita Muhasabah’ »

number of view: 17

Penyakit Seks Kronik

Kalau sakit fizikal, kita dapat melihat dan terus merawat. Kalau sakit hati spiritual, tak ramai yang sedar dan kadangkala ia terus dibiarkan sampai mati. Maka hidup seperti mayat, tak terasa kenikmatan sejati, yang ada hanya kepuasan yang singkat. Jika kita ingin memenuhi segala tuntutan nafsu, kita pasti hancur diperhambakannya. Itulah hikmah Islam meletakkan batasan bagi setiap perbuatan kita, agar kita tidak sampai menghancurkan diri sendiri, kerana obsesi kepuasan. Perkembangan ICT yang semakin pesat adalah sesuatu yang sangat baik, namun boleh menjadi sesuatu yang sangat ‘destructive’ jika disalahgunakan. Siapakah yang bersalah? ICT atau manusia yang menjadi pengguna ICT? Bagi remaja dan pemuda yang memiliki jiwa yang meronta-ronta, ICT sentiasa menjadi bahan carian untuk santapan nafsu, jika tidak dipandu dengan TAQWA. Bermula dengan perkenalan yang ‘ringan-ringan’ sehinggalah kepada pertemuan yang penuh ‘murka’ dalam keadaan yang penuh ‘hina’ di sisi Allah. Sajian ini saya bawakan sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang saya kasihi. Ini bukan lagi dongengan untuk menakut-nakutkan, bahkan ia benar-benar sudah terjadi. Continue reading ‘Penyakit Seks Kronik’ »

number of view: 14

Mencari Cinta di Sebalik Ramadhan

Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…”

(Al-Baqarah: 165)

“Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar untuk dinafikan. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta sebuah perasaan yang dinamakan CINTA. Tatkala kita mengetahui bahawa cinta itu dicipta Allah, pernahkah kita terfikir untuk apa ia diciptakan? Atau mungkin kita asyik merasa kenikmatan cinta sehingga kita sendiri lupa ke mana harus ia dihalakan dan apa yang Allah kehendaki daripada perasaan yang diciptakan tersebut. Kalau tidak kerana cinta, hidup kita entah bagaimana. Namun, kerana cinta juga, boleh jadi hidup kita ENTAH KE MANA. Continue reading ‘Mencari Cinta di Sebalik Ramadhan’ »

number of view: 47

Dibelenggu Pengalaman

Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada kecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan ketidakpastian. Kita buntu, tidak berani melangkah kerana pengalaman silam cukup memeritkan. Apabila itu yang kita alami dan kita tidak bisa keluar daripada pola pemikiran tersebut, sedarilah bahawa kita sedang DIBELENGGU PENGALAMAN! Continue reading ‘Dibelenggu Pengalaman’ »

number of view: 21

Umat Dalam Satu Tubuh

Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka? Continue reading ‘Umat Dalam Satu Tubuh’ »

number of view: 3

Menggali Potensi Diri Secara Bertahap

Setiap insan diberikan potensi yang berbeza-beza. Secara umumnya, 3 potensi asas yang dimiliki oleh setiap insan ialah akal, jiwa dan jasad. Ketiga-tiga potensi ini harus diseimbangkan peningkatannya supaya seseorang dapat mencapai tahap insan yang syumul. Setiap orang mempunyai kecenderungan tersendiri terhadap sesuatu bidang. Daripada kecenderungan inilah sesebuah potensi itu dilatih dan diasah.

Jika kita sebut soal remaja dan pemuda, potensi yang dimiliki adalah luar biasa jika diasah dengan penuh tekun dan adil. Mungkin potensi itu belum sampai ke tahap kematangannya tetapi bibit-bibit perkembangannya harus dilihat dan diteliti supaya kita tidak mengabaikan potensi tersebut. Tambahan pula jika kita seorang yang sentiasa concern tentang permasalahan remaja. Kita risau melihat potensi-potensi tersebut disalah guna dan merosakkan diri mereka. Jadi kita harus bijak dalam mengembangkan potensi-potensi diri ini secara bertahap dan sihat.

Sebagaimana seorang bayi baru lahir bermula dengan merangkak dan lama-kelamaan bertatih dan berjalan dan kemudiannya berlari-lari…Kemudian dia sudah pandai melompat dan lompatannya pun lama kelamaan menjadi semakin tinggi. Daripada dia tidak tahu membaca, dia mengenal huruf, kemudian dia mengenal sukukata, mengenal perkataan dan sudah boleh menulis. Lalu daripada situ dia belajar berkata-kata yang pada mulanya kurang jelas dan kurang difahami, lama kelamaan dia menjadi seorang pemidato yang hebat. Itulah analogi potensi yang jelas kelihatan dalam kehidupan kita sebagai seorang insan.

Jadi, tidak wajar kita merendah-rendahkan seorang remaja kerana kelemahan yang kita lihat dalam dirinya, bahkan kita harus sentiasa optimis dalam membentuk potensi tersebut dan mengarahkannya ke tempat yang sepatutnya. Semangat yang dimiliki oleh golongan remaja sangat kuat dan hebat bahkan akan menjadi luar biasa jika disuntik dengan elemen-elemen Rabbani. Di sinilah perlunya seorang guru atau da’i yang bijak dalam menilai seseorang secara adil daripada segenap segi. Jika tidak, kita akan membinasakan diri kita dan diri remaja. Jangan hanya bercakap tentang kerosakan sedangkan kita tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Inilah antara intisari hadith yang disebut oleh Rasulullah SAW, menceritakan bahawa Manusia itu bagaikan bahan galian, yang terbaik di masa jahiliyyah akan menjadi yang terbaik di dalam Islam setelah dia memahami. Ertinya potensi yang dimiliki oleh para sahabat ketika jahiliyyah terus disinergikan setelah mereka memahami islam sehingga mereka dinobatkan sebagai yang terbaik.

Dalam mengembangkan potensi-potensi ini, kita harus memahami bahawa tidak dapat tidak ia mesti melalui sebuah proses yang bertahap. Jika tidak, kita akan kecewa kerana lambatnya berkembang potensi seseorang. Seorang murid darjah satu harus melalui beberapa level alam persekolahan dan tidak harus dihantar terus ke universiti pada tahun keduanya dengan alasan kita nampak potensinya. Nanti dia akan tertekan kerana tidak melalui proses yang sihat, tidak merasai alam kanak-kanak yang penuh dengan pembelajaran secara tidak langsung. Boleh dikatakan bahawa kita terburu-buru jika berbuat demikian.

Biji benih yang baru sahaja kita tanam hari ini pun tidak boleh lagi kita tuai pada hari esok, mungkin makan masa berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk kita petik hasilnya. Itu belum sebut soal gangguan-gangguan parasit yang lain yang akan membuatkan lebih lambat kita dapat memetik hasilnya. Ini analogi yang mudah dan jelas rasanya.

Jadi sebagai kesimpulannya, setiap orang memiliki potensi tersendiri yang perlu diasah dan disinergikan supaya ianya tidak terabai tanpa perkembangan dan potensi itu terus berkubur. Dalam usaha mengembangkan potensi-potensi ini, kita memerlukan tahapan-tahapan yang subjektif tempohnya. mungkin bertahun-tahun atau mungkin beberapa hari sahaja. Yang penting jangan terlalu mendesak sehingga potensi terencat dan tidak sihat.

Sama-sama kita gali potensi dalam diri kita sebelum kita melihat orang lain. Semoga berjaya!!

Sama-sama kita hayati video di bawah:

number of view: 15