Posts Tagged ‘percaya diri’
Potensi yang terkubur dek kurangnya “PD”
PD? Apa itu PD? PD yang saya maksudkan ialah “Percaya Diri”. Dalam diri setiap orang terdapat potensi-potensi tertentu yang harus dikembangkan dengan baik. Tambahan pula dalam diri pemuda yang menjadi tunggak kepimpinan masa depan. Tanpa PD, segala potensi-potensi yang dimiliki akan terkubur dan tidak berkembang.
PD dapat dilihat daripada pelbagai aspek, baik dalam memberikan ucapan di khalayak ramai, menjawab peperiksaan, membuat keputusan dalam kehidupan, mempertahankan kebenaran, menegah kebatilan dan berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam ertikata lain, PD merupakan pra-syarat untuk memastikan potensi yang terpendam dapat dikeluarkan dan digilap sehingga kilauannya dapat dilihat. Ada orang yang sebenarnya mampu melakukan sesuatu tetapi tidak sanggup kerana kurang PD. Ada orang telah membuat keputusan tetapi berubah prinsip kerana kurang PD.
Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Antara sebab kurangnya PD ialah kita terlalu melihat kepada kelebihan yang dimiliki orang lain dan selalu merasa tidak layak untuk menyerlah dan menjadi seseorang. Sedangkan jika kita bersyukur, kita pasti yakin bahawa Allah telah memberikan yang terbaik dengan setiap apa yang ada pada kita, tinggal lagi kita yang perlu mempercayainya dan bertindak.
Tanpa PD, kerja mudah akan menjadi susah, kerana mentaliti kita telah berubah dan menjadi negatif. Dengan PD, ditambah pula dengan prinsip yang kita pegang, kita mampu bertahan dan potensi yang ada pada diri dapat berkembang secara sihat.
number of view: 44

