June 29, 2009, 8:50 am
Biarpun mereka tak berada bersama kita, namun mereka tetap sebahagian daripada kita. Biarpun kita tak pernah merasai apa yang mereka rasai, kita tetap sebahagian daripada mereka. Kita ibarat tubuh yang satu, saling melengkapkan antara satu sama lain. Kaki tak dapat melangkah tatkala badan lemah atau akal tak berfungsi. Itulah hakikatnya. Namun, realitinya lain, jauh berbeza. Kita tak pernah merasakan bahawa mereka memerlukan kita dan kita juga memerlukan mereka. Kita hidup seolah-olah mereka tidak pernah wujud ataupun tak bererti bagi kita. Bukan setakat tak ingin membantu, bahkan tak ingin langsung mengambil tahu. Siapakah mereka? Continue reading ‘Umat Dalam Satu Tubuh’ »
number of view: 2
June 14, 2009, 12:44 pm
Daripada Ismail Mat
ismailmat@bharian.com.my

ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak. – Foto Reuters
12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak - Isnin, 8 Jun 2009
NARATHIWAT (Selatan Thailand): “Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami,” kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin. Continue reading ‘‘Saya hanya ingat mati’’ »
number of view: 11
June 14, 2009, 12:38 pm
(Dedikasi Untuk Syuhada Di Narathiwat)
Mungkin kita memang kotor
ketika melihat darah berkocak pada lelah sungai
pekat merah itu persis warna ufuk barat
waktu berbunyi beduk Maghrib.
Mungkin kita memang lama kotor
ketika melepaskan lelah melihat kotor merah
meluahkan gusar resah gelisah
tentang masa depan petak sawah
senang tidak, terus menyumpah seranah.
Tapi menjadi sucikah?
Bila tenang berwuduk dengan sungai itu di hilir
sedang di hulu anak dipancung, ibu dipasung
saudara digantung, perang menyabung
tiada siapa hairan, tiada siapa perasan.
Apunpital
Saitama-Jepun.
number of view: 2