Posts Tagged ‘life’
Hidup Tidak Boleh Reverse
Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda. Read the rest of this entry »

