Posts Tagged ‘lahir’
Wahai Hadif
http://arenapuisi.zulyunus.com
Wahai Hadif
kau datang membawa sinar
bersama seri yang terserlah
suci dan terlihat indah
Wahai Hadif
hadirmu mengundang bahagia
memancar pada segenap raga
penawar buat jiwa
Wahai Hadif
lahirmu satu anugerah Ilahi
menambah teguh pada cinta dua hati
syukur pada-Nya tak terperi
Wahai Hadif
kau lahir dengan cinta
kau hidup dengan cinta
moga terus mekar tersebar
tersemai membajai hati nurani
Wahai Hadif
di satu sudut dunia
ayah saudaramu sangat gembira
dengan kelahiranmu
Selamat hari lahir buat Hadif Hudzaifah, anak saudara pertamaku…
Lahir pada 1 Ogos 2009 5:15 pagi

