Posts Tagged ‘istiqamah’
Pemain dan Pengkritik
Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terjang di dalamnya. Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang. Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain. Read the rest of this entry »
Konsistensi
Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah. Read the rest of this entry »

