Posts Tagged ‘ibu’
Adik Cuma Nak Tanya
Kandungan ni saya ambil daripada sebuah email yang diforwardkan kepada saya. Sungguh menyentuh, Jom sama-sama berfikir.
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya…
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu? Read the rest of this entry »
Wahai Hadif
http://arenapuisi.zulyunus.com
Wahai Hadif
kau datang membawa sinar
bersama seri yang terserlah
suci dan terlihat indah
Wahai Hadif
hadirmu mengundang bahagia
memancar pada segenap raga
penawar buat jiwa
Wahai Hadif
lahirmu satu anugerah Ilahi
menambah teguh pada cinta dua hati
syukur pada-Nya tak terperi
Wahai Hadif
kau lahir dengan cinta
kau hidup dengan cinta
moga terus mekar tersebar
tersemai membajai hati nurani
Wahai Hadif
di satu sudut dunia
ayah saudaramu sangat gembira
dengan kelahiranmu
Selamat hari lahir buat Hadif Hudzaifah, anak saudara pertamaku…
Lahir pada 1 Ogos 2009 5:15 pagi
Dia Bukan Ibuku
Sumber: Syed Zul Fauzi
Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata
“EEEE, ibumu hanya ada SATU MATA!” Read the rest of this entry »
number of view: 75
