Posts Tagged ‘hijrah’
Perubahan Materi VS Perubahan Rohani
Muat turun Ar-Risalah Edisi Khas Ma’al Hijrah 1431H
Hijrah seringkali dikaitkan dengan perubahan. Segala paparan sejarah berkenaan dengan kisah hijrah boleh dikatakan sudah diketahui umum. Walaupun tak semua yang mengetahui secara terperinci atau memahami hikmah di sebalik setiap peristiwa, namun umum mengetahui bahawa kisah hijrah menggambarkan sebuah perjalanan yang penuh dengan pengorbanan. Perpindahan yang menggambarkan bukti keimanan dan keazaman dalam perjuangan. Apabila kita mengimbau kembali sirah berkenaan dengan peristiwa hijrah, kita akan menyedari betapa hebatnya nilai ketamadunan Islam yang dibina daripada kesungguhan dan pengorbanan. Tak kurang juga kehebatan daripada segi strategi dan politik. Hijrah adalah sebuah momentum yang bukan dongengan, tapi dilakarkan oleh Rasulullah dan para sahabat 1431 tahun yang lalu. Ya, kisah lama yang segar dalam ingatan buat orang-orang yang mahu mengambil pelajaran. Read the rest of this entry »
number of view: 190
