Get Adobe Flash player

Posts Tagged ‘hebat’

Bersandar Pada Kehebatan Orang

Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, sementara yang lain hanya ingin dipandang hebat. Ada beza antara keduanya. Golongan yang pertama akan terus mengikhlaskan niat, mencipta kehebatan seperti dikehendaki Allah dan Rasul serta sentiasa sedar akan kelemahan diri dan memperbaikinya. Golongan kedua akan terus tenggelam dalam pujian dan pengiktirafan manusia. Merasa hebat, dipandang hebat, tapi indah khabar dari rupa. Selalunya orang yang ingin dipandang hebat hanya akan menyandarkan kehebatannya pada orang lain.

Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain. Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal, ataupun orang-orang yang mengenali kita. Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama. Kita mula berbicara “ah, aku kenal Menteri Besar tu”, “oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu”. Jadi, apa masalahnya? Read the rest of this entry »

number of view: 169
Search Google
Subscribe Blog

Masukkan Email Anda:


Top Commentators
Jejak Pelawat

ShoutMix chat widget
zulyunus di Youtube
Topsite Paksi

Zulkifly Yunus's Facebook Profile

Peta Pelawat
Pelawat Online