Sudah separuh Ramadhan berlabuh. Satu bulan yang sentiasa kita nantikan, sedang berjalan dengan begitu pantas sekali. Bukan masanya lagi untuk berehat-rehat, bermalas-malas dan bertangguh-tangguh. Jangan sampai kerana kita bertangguh untuk mengejar Rahmat dan ampunan Allah, Allah juga menangguhkan kita di hari hisab. Lalu siapa lagi yang dapat memberi pertolongan kepada kita selain Allah? Masa masih [...]
Oleh: zulyunus http://zulyunus.com Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap [...]
Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…” (Al-Baqarah: 165) “Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar [...]
Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada kecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang [...]
“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, [...]
Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini [...]
Hidup kita akan didatangi dengan seribu satu perkara. Ada yang menyeronokkan dan ada yang bakal mengguris jiwa. Ada yang terasa enak dan ada yang menyakitkan. Kita sendiri tidak pasti dengan masa depan. Kita melalui satu jalan kehidupan yang tidak ada ruang untuk berpatah balik. Dalam perjalanan singkat inilah kita belajar tentang kehidupan. Dalam setiap kejadian [...]
4 Mac 2008 10:52 PM Dengan nama Allah aku menulis. Ketika aku menulis ini, tidak aku inginkan melainkan kebaikan. Dan tidak ada motivasi yang lebih tinggi untuk aku mencoretkan kata-kata ini melainkan demi mencari redha Allah. Dan demi kehidupan akhirat yang kekal abadi. Aku telah menghabiskan lebih kurang 1/3 umurku di dunia, mungkin tinggal lagi [...]


Komen Terkini