Buat Dosa Kerana Dosa
Dosa yang kita lakukan saban hari boleh menjadi penghijab kepada Rahmat dan kasih sayang Allah, baik kecil mahupun besar. Dosa kecil jika diremehkan boleh menjadi besar dan dosa besar boleh terhapus dengan taubat nasuha. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Tanpa kita sedari, banyaknya dosa yang kita lakukan sehari-hari telah menjadi penyebab kepada sempitnya jiwa dan tumpulnya akal. Kita berusaha sedaya upaya mencari seribu satu cara menajamkan akal dan menenangkan jiwa, namun kita mungkin buntu jika kita terus menerus berada dalam kemaksiatan kepada Allah. Akhirnya, kita bakal menyedari bahawa sebanyak mana kebaikan yang kita buat, kita masih tidak akan tenang selagi dosa dan maksiat tidak kita tinggalkan. Rasulullah telah mengisyaratkan tentang perkara ini dalam sebuah hadith:
number of view: 29Dari Nawas Bin Saman R.A. Nabi S.A.W. bersabda: “Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu dan yang engkau tidak suka bila dilihat orang lain” (HR Muslim)



