Get Adobe Flash player

Posts Tagged ‘dadah’

Penyakit Seks Kronik

Kalau sakit fizikal, kita dapat melihat dan terus merawat. Kalau sakit hati spiritual, tak ramai yang sedar dan kadangkala ia terus dibiarkan sampai mati. Maka hidup seperti mayat, tak terasa kenikmatan sejati, yang ada hanya kepuasan yang singkat. Jika kita ingin memenuhi segala tuntutan nafsu, kita pasti hancur diperhambakannya. Itulah hikmah Islam meletakkan batasan bagi setiap perbuatan kita, agar kita tidak sampai menghancurkan diri sendiri, kerana obsesi kepuasan. Perkembangan ICT yang semakin pesat adalah sesuatu yang sangat baik, namun boleh menjadi sesuatu yang sangat ‘destructive’ jika disalahgunakan. Siapakah yang bersalah? ICT atau manusia yang menjadi pengguna ICT? Bagi remaja dan pemuda yang memiliki jiwa yang meronta-ronta, ICT sentiasa menjadi bahan carian untuk santapan nafsu, jika tidak dipandu dengan TAQWA. Bermula dengan perkenalan yang ‘ringan-ringan’ sehinggalah kepada pertemuan yang penuh ‘murka’ dalam keadaan yang penuh ‘hina’ di sisi Allah. Sajian ini saya bawakan sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang saya kasihi. Ini bukan lagi dongengan untuk menakut-nakutkan, bahkan ia benar-benar sudah terjadi. Read the rest of this entry »

number of view: 163

AKU BENCI PADAMU!

Keranamu seorang ibu menangis

Keranamu bangsaku terguris

Keranamu maruahku terhakis

Dan keranamu jua…

Agamaku dipandang hina

Yang tinggal hanya sekujur tubuh bernajis

Yang tiada mampu berdiri tanpamu

Yang sanggup membunuh demimu

Yang tiada melihat syurga pada tapak kaki ibu

Lalu mengalir darah insan tiada berdosa

Remuk hati seorang bapa

Tercemar tamadun sebuah bangsa

Namun…

Engkau terus bermaharajalela

Oleh kerana itu

Engkau adalah musuhku

Aku benci padamu DADAH!

number of view: 87
Search Google
Subscribe Blog

Masukkan Email Anda:


Top Commentators
Jejak Pelawat

ShoutMix chat widget
zulyunus di Youtube
Topsite Paksi

Zulkifly Yunus's Facebook Profile

Peta Pelawat
Pelawat Online