December 20, 2009, 11:47 am
Wahai teman
ke manakah jalan hidupmu?
apakah ke laluan yang terang benderang,
atau ke lorong yang gelap dan kelam?
atau mungkin…
kau ingin menyelusuri laluan samar berkabus
penuh keraguan dan ketidakpastian?
Wahai teman
masa muda itu singkat
kematian itu dekat
masa lalu takkan kembali
yang ada hanya kini dan masa depan
berbuatlah sesuka hatimu sekarang
jika kau ingin sengsara di hari kemudian Continue reading ‘Wahai Teman’ »
number of view: 14
September 5, 2009, 11:51 am
Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…”
(Al-Baqarah: 165)
“Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar untuk dinafikan. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta sebuah perasaan yang dinamakan CINTA. Tatkala kita mengetahui bahawa cinta itu dicipta Allah, pernahkah kita terfikir untuk apa ia diciptakan? Atau mungkin kita asyik merasa kenikmatan cinta sehingga kita sendiri lupa ke mana harus ia dihalakan dan apa yang Allah kehendaki daripada perasaan yang diciptakan tersebut. Kalau tidak kerana cinta, hidup kita entah bagaimana. Namun, kerana cinta juga, boleh jadi hidup kita ENTAH KE MANA. Continue reading ‘Mencari Cinta di Sebalik Ramadhan’ »
number of view: 40
August 1, 2009, 9:42 pm
http://arenapuisi.zulyunus.com
Wahai Hadif
kau datang membawa sinar
bersama seri yang terserlah
suci dan terlihat indah
Wahai Hadif
hadirmu mengundang bahagia
memancar pada segenap raga
penawar buat jiwa
Wahai Hadif
lahirmu satu anugerah Ilahi
menambah teguh pada cinta dua hati
syukur pada-Nya tak terperi
Wahai Hadif
kau lahir dengan cinta
kau hidup dengan cinta
moga terus mekar tersebar
tersemai membajai hati nurani
Wahai Hadif
di satu sudut dunia
ayah saudaramu sangat gembira
dengan kelahiranmu
Selamat hari lahir buat Hadif Hudzaifah, anak saudara pertamaku…
Lahir pada 1 Ogos 2009 5:15 pagi
number of view: 20
July 4, 2009, 1:21 am
Sumber: Saifulislam.com
“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.
Kasihan.
Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.
“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.
“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul. Continue reading ‘Seni Kata Putus’ »
number of view: 19
May 18, 2008, 1:42 pm
ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah”- IBNUL QAYYIM-
number of view: 23