March 4, 2010, 12:20 pm
Allah menciptakan manusia dengan 1001 design luaran yang sememangnya berbeza, tak ada satu pun yang sama antara satu sama lain. Pasti ada bezanya, walaupun sedikit. Sekalipun pasangan kembar yang hampir sama, tapi masih tidak serupa. Itu daripada segi luarannya yang kelihatan, bagaimana pula soal pemikiran dan perasaan? Soal persepsi dan sudut pandang? Sudah tentu ada bezanya, kalau tidak banyakpun, sedikit. Ust. Pahrol Mohd Juoi (Ketua Editor Majalah Solusi) pernah berkata dalam satu ceramah yang saya hadiri, “biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan”. Continue reading ‘Berlapang Dada Dalam Perbezaan Pendapat’ »
number of view: 65
November 16, 2009, 11:17 am
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia, “We are special!“. Continue reading ‘We Are Special!’ »
number of view: 15
April 2, 2009, 7:12 pm
Hidup = Perjuangan
Masalah = Cabaran dan Rintangan
Sesungguhnya Hidup tak lekang daripada masalah, maka perjuangan tak lekang daripada cabaran dan rintangan.
Tak usah hidup jika tak sanggup hadapi masalah, tak usah berjuang jika tak sanggup berhadapan dengan cabaran dan rintangan.
Ramai yang ingin berjuang tapi tak ramai yang teguh bila dihadapkan cabaran dan rintangan.
Kita bagaimana?
number of view: 35
April 19, 2008, 1:27 am
jika anda mengambil masalah sebagai masalah, anda adalah orang yang bermasalah. ambillah masalah sebagai cabaran, anda akan menjadi lebih positif.jika anda lari daripada masalah, masalah takkan selesai dan anda akan digelar penakut. tapi jika anda menghadapinya, anda ialah seorang yang berani. sama ada berjaya mengatasinya, atau gagal dan menimba pengalaman.
number of view: 1