Posts tagged ‘Analogi Kehidupan’

Meniti Takdir

Hidup ini
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi

Dunia ini
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi Continue reading ‘Meniti Takdir’ »

number of view: 21

Perspektif Kehidupan

Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tak bermakna. Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.

Continue reading ‘Perspektif Kehidupan’ »

number of view: 34

Warna-warni Kehidupan

Hidup ini berwarna-warni. Ada kala warnanya cerah dan menenangkan, adakala warnanya malap dan menyesakkan. Warna-warni kehidupan inilah yang membuatkan kita dapat hidup sebagai seorang manusia normal yang tidak monotone, tidak sentiasa menang dan tidak sentiasa kalah. Tidak sentiasa lemah dan tidak sentiasa kuat.

Warna-warni dalam kehidupan itu adalah lambang kehebatan zat Allah yang maha menciptakan. Supaya kita sedar bahawa hidup kita ini tidak selalu berjalan menurut kemahuan kita, ada kuasa luar yang mengatur perjalanan hidup kita dan mengatasi aturan-aturan yang kita buat. Tidak akan mungkin ada orang yang mampu menciptakan suasana senja yang berbeza-beza, atau pagi yang sentiasa ada kelainan. Kadangkala suasana itu dingin sejuk dan adakala ia panas membakar. Alam ini adalah pameran Allah yang terpampang depan mata kita. Adakah kita masih tidak mahu melihat setelah kita merasakan nikmatnya berada di atas muka bumi ini?

Kita melalui beberapa fasa dalam kehidupan kita. Dalam setiap jalan yang kita lalui, pasti ada sesuatu yang baru yang kita perolehi. Terlalu banyak ‘sesuatu’ yang belum kita terokai dan terlalu banyak jalan yang belum kita lalui. Boleh jadi dan sememangnya kita takkan mampu menerokai segala-galanya dalam sela masa umur yang diberikan di dunia ini. Dalam setiap fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya, dan ada warna-warninya.

Daripada warna-warni kehidupan inilah terbentuknya corak kehidupan yang indah-indah dipandang mata atau boleh jadi yang kusut tak terkata. Setiap orang mungkin berhadapan dengan corak kehidupan yang indah-indah dan menyenangkan, namun ada juga mereka yang hidupnya sentiasa dirundung duka dan lara. Semuanya penuh hikmah, pasti ada hikmah. Tatkala ada Ia yang mengetahui segala-galanya, pasti ada sesuatu yang bernilai di sebalik setiap peristiwa. Patutkah kita merasakan bahawa alam semulajadi itu terjadi dengan sendiri dan atas kemahuan alam sendiri? Atau kita menyangka segala kebetulan dalam kehidupan kita ini berlaku kerana Allah terlepas pandang? Tidak! Tidak ada kebetulan bagi Allah melainkan semuanya berada dalam Ilmu-Nya. Kerana itu janji Allah tatkala Dia berfirman:

“apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minuun, 23:115)

Warna-warni kehidupan itu bukan untuk dikeluh-kesahkan, tapi sengaja ditimpakan oleh Allah ke atas kehidupan kita untuk mengajar kita mengenal-Nya, dan mendidik kita agar lebih bersedia maju ke hadapan, ke suatu destinasi akhir yang selama-lamanya. Warna-warni inilah yang membuatkan kita lebih matang dan tidak cepat melatah. Semakin pelbagai warnanya, semakin banyak corak-corak yang akan mengisi ruang kehidupan kita.

number of view: 46

Analogi Sebuah Kehidupan

Dalam satu kelas murid-murid sekolah rendah darjah 6, seorang guru masuk dan semua murid bangun memberikan penghormatan. “Semua bangun….Selamat Pagi Cikgu!” arah seorang ketua darjah diikuti oleh murid-murid yang lain. “Baik semua duduk” arah guru tersebut, Puan Alia. Puan Alia juga dikenali sebagai Ustadzah Alia oleh para pelajarnya. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam. Di antara semua guru yang lain, beliau merupakan guru yang paling disayangi oleh murid-murid. Setiap kali waktu beliau mengajar, murid-murid sentiasa ceria kerana cara pendekatan yang digunakan oleh beliau lain daripada yang lain.

“Baiklah murid-murid Ustadzah yang disayangi sekalian, hari ini kita akan main satu permainan”, kata Ustadzah Alia. Mata murid-murid kelihatan berbinar-binar tanda keriangan.

“Semua sudah bersedia?”

“Sudah!” semua sekali menjawab.

Continue reading ‘Analogi Sebuah Kehidupan’ »

number of view: 26