Posts tagged ‘amal’

Konsistensi

Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah. Continue reading ‘Konsistensi’ »

number of view: 22

Apa Yang Kau Tinggal?

Pasti tiba
saat kita melangkah pergi
berpindah ke alam abadi
tinggal bumi tumpangan
mati dan hidup lagi
di dunia hakiki

Harta dan nama
anak isteri, harta pusaka
luput ditelan zaman
layu direntang usia
lalu hilang tak dikenang Continue reading ‘Apa Yang Kau Tinggal?’ »

number of view: 8

Kalau Tak Ikhlas, Tak Payah Buat?

Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat“. Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Continue reading ‘Kalau Tak Ikhlas, Tak Payah Buat?’ »

number of view: 16