February 23, 2010, 11:51 am
Kebaikan. Sesuatu yang diimpikan oleh semua manusia. Sekalipun manusia yang jahat, pasti dia juga inginkan kebaikan buat dirinya. Sekalipun manusia itu sering menganiayai manusia lain dan melakukan kejahatan terhadap orang lain, ia tetap tidak suka dan benci orang lain melakukan kejahatan kepada dirinya. Itulah dia, fitrah manusia, inginkan kebaikan. Ingin menjadi baik dan sukakan kebaikan. Kalau begitu, kenapa masih ramai yang melakukan kejahatan? Menzalimi diri sendiri dan orang lain? Apakah kebaikan itu sendiri sudah dibenci sehingga kejahatan itu diimpi-impikan? Fitrah manusia itu baik, namun ia boleh berubah dan bertukar arah tatkala dirinya dibelenggu nafsu, digoda syaitan. Continue reading ‘Bila Berbicara Soal Kebaikan’ »
number of view: 55
December 29, 2009, 1:20 pm
Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, sementara yang lain hanya ingin dipandang hebat. Ada beza antara keduanya. Golongan yang pertama akan terus mengikhlaskan niat, mencipta kehebatan seperti dikehendaki Allah dan Rasul serta sentiasa sedar akan kelemahan diri dan memperbaikinya. Golongan kedua akan terus tenggelam dalam pujian dan pengiktirafan manusia. Merasa hebat, dipandang hebat, tapi indah khabar dari rupa. Selalunya orang yang ingin dipandang hebat hanya akan menyandarkan kehebatannya pada orang lain.
Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain. Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal, ataupun orang-orang yang mengenali kita. Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama. Kita mula berbicara “ah, aku kenal Menteri Besar tu”, “oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu”. Jadi, apa masalahnya? Continue reading ‘Bersandar Pada Kehebatan Orang’ »
number of view: 46
December 13, 2009, 4:03 pm
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kita hamba, kepada siapa?
Kita sedang dijajah apabila menjadikan diri hamba kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Sebaliknya, kita merdeka apabila menjadikan diri hamba kepada Allah. Hakikatnya, kita memang hamba Allah. Namun kita seringkali lalai dan diperhambakan oleh selain Allah. Islam datang dan memerdekakan manusia dengan menghapuskan perhambaan kepada makhluk dan selain Allah. Kelalaian kita menyedari hakikat ini menyebabkan kita sering merasa terpenjara, terikat dan terkongkong walaupun memiliki kebendaan yang hebat dan mampu memenuhi setiap keinginan diri. Persoalan kita hamba kepada siapa sudah lama terjawab. Sekarang kita harus membuat pilihan, sama ada ingin menjadi hamba yang ta’at atau yang ingkar. Apapun pilihan kita, ia sama sekali tidak menjejaskan Allah, penguasa segala hamba. Allah menawarkan kemerdekaan, jangan pula kita memilih keterikatan kepada makhluk dan kebendaan lalu meletakkan diri di dalam kebinasaan. Continue reading ‘Hamba Yang Merdeka’ »
number of view: 39
November 12, 2009, 10:12 am
Telah lama kita lesu daripada kegigihan dalam perjuangan. Bukan sekali kita lari daripada menggalas amanah dan kewajipan. Terlalu sering kita beralasan setiap kali diseru untuk berkorban. Acap kali kita menjadi hamba kepada keinginan, membuang perasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita membulatkan tekad melangkah gagah dalam perjuangan. Cukup sampai di sini teman, jangan bunuh dirimu sebelum ajal. Kelak kita akan mati sebelum mati. Continue reading ‘Cukup Sampai Di Sini’ »
number of view: 29
September 5, 2009, 11:51 am
Dan di kalangan manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah sebagai tandingan yang mereka cintai sepertimana mereka mencintai Allah. Dan orang-orang beriman itu amat sangat cintanya pada Allah…”
(Al-Baqarah: 165)
“Semua orang menjadi teruja apabila berbicara tentang cinta. Semua orang tahu bahawa cinta itu pelbagai bentuk dan halatujunya dan ia adalah satu perasaan yang sukar untuk dinafikan. Itulah kehebatan Allah dalam mencipta sebuah perasaan yang dinamakan CINTA. Tatkala kita mengetahui bahawa cinta itu dicipta Allah, pernahkah kita terfikir untuk apa ia diciptakan? Atau mungkin kita asyik merasa kenikmatan cinta sehingga kita sendiri lupa ke mana harus ia dihalakan dan apa yang Allah kehendaki daripada perasaan yang diciptakan tersebut. Kalau tidak kerana cinta, hidup kita entah bagaimana. Namun, kerana cinta juga, boleh jadi hidup kita ENTAH KE MANA. Continue reading ‘Mencari Cinta di Sebalik Ramadhan’ »
number of view: 42
June 3, 2009, 10:15 am
Dosa yang kita lakukan saban hari boleh menjadi penghijab kepada Rahmat dan kasih sayang Allah, baik kecil mahupun besar. Dosa kecil jika diremehkan boleh menjadi besar dan dosa besar boleh terhapus dengan taubat nasuha. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Tanpa kita sedari, banyaknya dosa yang kita lakukan sehari-hari telah menjadi penyebab kepada sempitnya jiwa dan tumpulnya akal. Kita berusaha sedaya upaya mencari seribu satu cara menajamkan akal dan menenangkan jiwa, namun kita mungkin buntu jika kita terus menerus berada dalam kemaksiatan kepada Allah. Akhirnya, kita bakal menyedari bahawa sebanyak mana kebaikan yang kita buat, kita masih tidak akan tenang selagi dosa dan maksiat tidak kita tinggalkan. Rasulullah telah mengisyaratkan tentang perkara ini dalam sebuah hadith:
Dari Nawas Bin Saman R.A. Nabi S.A.W. bersabda: “Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik, dan dosa itu adalah segala sesuatu yang menggelisahkan perasaanmu dan yang engkau tidak suka bila dilihat orang lain” (HR Muslim)
Continue reading ‘Buat Dosa Kerana Dosa’ »
number of view: 28
February 11, 2009, 12:04 pm
Kita adalah ciptaan. Tak mungkin kita sama sekali berani mengatakan bahawa kita menciptakan diri kita sendiri. Kita sendiri belum pasti apa yang akan terjadi kepada diri pada hari ini, hari esok dan akan datang. Apatah lagi untuk mengatakan bahawa kita yang menciptakan alam ini. Mustahil! Sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan putaran bumi, bulan dan bintang, matahari dan planet-planet yang di luar pandangan. Jika kita masih merasakan kita lebih berkuasa daripada pencipta, ayuh kita baca sama-sama artikel ini.
Continue reading ‘Pencipta dan Keajaiban Ciptaan.’ »
number of view: 21
Tags:
alam,
Allah,
bakteria,
Bumi,
fungi,
haiwan,
Makhluk,
manusia,
mikrob,
parasit,
Pencipta,
Planet,
protista,
tumbuhan,
virus Category:
Deep Thinker |
2 Comments