Meniti Takdir
Hidup ini
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi
Dunia ini
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi Continue reading ‘Meniti Takdir’ »
Inspirasi Menuju Ilahi | Pengembaraan Menuju Tuhan
Posts tagged ‘akhirat’
Hidup ini
tak berakhir dengan mati
ajal hanya perpindahan
daripada mimpi indah
menuju alam abadi
Dunia ini
sebuah persinggahan
titian dalam perjalanan
bukan pengakhiran
bukan destinasi Continue reading ‘Meniti Takdir’ »
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja. (An-Naazi’aat: 46)
Perjalanan hidup ini terasa jauh, hakikatnya singkat. Entah, kadang sesuatu yang ingin dicapai terasa sangat jauh, sukar dan berliku. Namun sesuatu yang telah berlaku ibarat terlalu singkat, dekat dan masih diingat. Maha suci Tuhan yang menciptakan perasaan yang sukar untuk digambarkan. Tersembunyi dalam Hikmah Ilahi dan dada-dada orang berilmu. Entah berapa kali aku terjatuh, dan bangun. Entah berapa kali aku gagal, dan menemui kejayaan. Silih berganti. Ibarat malam dan siang, juga gelap dan terang. Apabila aku merenung sejarah hidup sendiri, terasa begitu hebat plot-plot dan babak-babak yang telah ditakdirkan Tuhan, Allah yang Maha Menentukan. Continue reading ‘Babak-babak Kehidupan’ »
number of view: 39Dunia adalah fatamorgana. Berjalan di atasnya para musafir merentasi padang pasir yang luas membentang. Dihamparkan jalan pasir yang panas & jerlus membenam kaki. Beratapkan matahari yang terik mebakar kulit dan mengeringkan tekak. Sumur yang indah, bersinar terpancar bak berlian, mengaburi & menipu mata sang musafir yang akhirnya mengheretnya ke lembah kekecewaan. Sedarlah wahai rakan-rakan permusafiranku. Hakikat hidup ini dihiasi kesusahan & kepahitan yang membuatkan matamu mencari kesenangan yang segera tetapi tipu & ilusi. Bersabarlah dalam mencari kesenangan yang nyata. Tabahkan hatimu dalam setiap langkahmu yang memijak pasir-pasir yang membakar kakimu. Majukan langkahmu dengan berpandukan peta Al-Qur’an & Hadith serta kompas iman seperti yang dijanjikan Allah & RasulNya bahawa kau akan selamat dalam perjalananmu. Semoga kita sentiasa dalam bimbinganNya.
-Azmir Ahmad-
number of view: 24
Pasti tiba
saat kita melangkah pergi
berpindah ke alam abadi
tinggal bumi tumpangan
mati dan hidup lagi
di dunia hakiki
Harta dan nama
anak isteri, harta pusaka
luput ditelan zaman
layu direntang usia
lalu hilang tak dikenang Continue reading ‘Apa Yang Kau Tinggal?’ »
Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti. Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan syurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita merasa sangat lemah dan terbayang neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tak bermakna. Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.
Hidup ini berwarna-warni. Ada kala warnanya cerah dan menenangkan, adakala warnanya malap dan menyesakkan. Warna-warni kehidupan inilah yang membuatkan kita dapat hidup sebagai seorang manusia normal yang tidak monotone, tidak sentiasa menang dan tidak sentiasa kalah. Tidak sentiasa lemah dan tidak sentiasa kuat.
Warna-warni dalam kehidupan itu adalah lambang kehebatan zat Allah yang maha menciptakan. Supaya kita sedar bahawa hidup kita ini tidak selalu berjalan menurut kemahuan kita, ada kuasa luar yang mengatur perjalanan hidup kita dan mengatasi aturan-aturan yang kita buat. Tidak akan mungkin ada orang yang mampu menciptakan suasana senja yang berbeza-beza, atau pagi yang sentiasa ada kelainan. Kadangkala suasana itu dingin sejuk dan adakala ia panas membakar. Alam ini adalah pameran Allah yang terpampang depan mata kita. Adakah kita masih tidak mahu melihat setelah kita merasakan nikmatnya berada di atas muka bumi ini?
Kita melalui beberapa fasa dalam kehidupan kita. Dalam setiap jalan yang kita lalui, pasti ada sesuatu yang baru yang kita perolehi. Terlalu banyak ‘sesuatu’ yang belum kita terokai dan terlalu banyak jalan yang belum kita lalui. Boleh jadi dan sememangnya kita takkan mampu menerokai segala-galanya dalam sela masa umur yang diberikan di dunia ini. Dalam setiap fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya, dan ada warna-warninya.
Daripada warna-warni kehidupan inilah terbentuknya corak kehidupan yang indah-indah dipandang mata atau boleh jadi yang kusut tak terkata. Setiap orang mungkin berhadapan dengan corak kehidupan yang indah-indah dan menyenangkan, namun ada juga mereka yang hidupnya sentiasa dirundung duka dan lara. Semuanya penuh hikmah, pasti ada hikmah. Tatkala ada Ia yang mengetahui segala-galanya, pasti ada sesuatu yang bernilai di sebalik setiap peristiwa. Patutkah kita merasakan bahawa alam semulajadi itu terjadi dengan sendiri dan atas kemahuan alam sendiri? Atau kita menyangka segala kebetulan dalam kehidupan kita ini berlaku kerana Allah terlepas pandang? Tidak! Tidak ada kebetulan bagi Allah melainkan semuanya berada dalam Ilmu-Nya. Kerana itu janji Allah tatkala Dia berfirman:
“apakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu’minuun, 23:115)
Warna-warni kehidupan itu bukan untuk dikeluh-kesahkan, tapi sengaja ditimpakan oleh Allah ke atas kehidupan kita untuk mengajar kita mengenal-Nya, dan mendidik kita agar lebih bersedia maju ke hadapan, ke suatu destinasi akhir yang selama-lamanya. Warna-warni inilah yang membuatkan kita lebih matang dan tidak cepat melatah. Semakin pelbagai warnanya, semakin banyak corak-corak yang akan mengisi ruang kehidupan kita.
number of view: 46
Saat mereka bicara soal kehancuran,
aku sedang bicara soal pembinaan.
Yang hancur takkan kembali tegak
tanpa upaya untuk membina
Saat mereka bicara soal kerosakan
aku sedang terjun memperbaik keadaan.
Kerosakan takkan pulih tanpa pembaikan
Saat mereka mencari tenang dalam murka
aku sedang mencari cinta dalam Redha.
Ketenangan takkan hadir tanpa redha.
Saat dunia menjadi obsesi…
Ingatlah bahawa akhirat adalah destinasi.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, yang membuktikan kemurahan-Nya dengan memberikan kenikmatan yang melimpah-limpah kepada sesiapa sahaja tak kira warna kulit, agama dan keturunan. Dan dengan sifat penyayang-Nya Dia menjanjikan ganjaran syurga bagi seorang mukmin yang sebenarnya.
Apakah yang membuatkan kita merasa puas di dunia ini? Ia mungkin subjektif. Mari kita lihat sedikit sebanyak perincian yang sempat saya terfikir. Ada orang puas menikah satu dan ada yang tak puas walaupun dah menikah empat. Ada orang puas gaji 3000 ringgit sebulan dan sebaliknya ada yang tidak kenyang-kenyang dengan RM 10 000 sebulan. Ada yang puas dengan result 5A daripada 10 subjek dan ada juga yang tak puas hati sekalipun sudah dapat 11A. Itu contoh subjektif yang saya maksudkan.
number of view: 5