December 25, 2009, 10:53 am
Hamba mendambakan ketenangan
memohon kepada Tuhan
larut dalam kedinginan
asyik dalam rintihan
bersungguh menadah tangan
mengharapkan kurniaan
Ke manakah hilangnya ketenangan?
di manakah letaknya?
apakah masih tersisa pada jiwa yang kotor
atau terpahat pada jiwa yang suci? Continue reading ‘Ketenangan’ »
number of view: 23
November 3, 2009, 8:34 am
Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda. Continue reading ‘Hidup Tidak Boleh Reverse’ »
number of view: 13
May 5, 2009, 1:00 pm
Salam sejahtera buat semua pelawat dan pengunjung zulyunus.com. Hari ini saya cuma ingin membuat sedikit review berkenaan satu laman komuniti yang menarik dan penuh dengan mutiara berharga bagi orang-orang yang tahu menghargai
Paksi.net (Persaudaraan Komuniti Siswa) adalah satu laman perbincangan dan lontaran idea yang sarat dengan info-info terbaru dan bahan-bahan tarbiyah serta rileks minda. Ditubuhkan sejak 2006 dan banyak informasi yang boleh diperoleh dan jika anda perasan ada sesetengahnya saya kongsikan di blog dan ada juga penulisan di blog saya kongsikan di sana
Baru-baru ini design dan layout paksi.net telah diperbaharui dan diubahsuai supaya lebih kemas dan padat dengan keperluan anda.
Secara ringkas, ada beberapa kategori yang dapat anda temui dalam melayari paksi.net:
- Video Tube. Mengandungi pelbagai jenis video yang boleh menyegarkan minda anda dan mengembalikan semangat anda yang luntur. Bahkan, anda juga boleh kongsikan video-video anda di sini.
- Survey. Anda boleh turut serta mengundi dalam survey yang dijalankan oleh pihak paksi.net
- Galeri Menarik! Anda boleh mendapatkan poster-poster, kartun, Kad Ucapan, Panorama Alam dan anda juga boleh kongsikan karya anda sendiri di sini dengan ahli yang lain.
- Artikel menarik Terdapat banyak cerpen yang telah dikirim dan dapat anda baca. Bahkan, anda juga boleh mengirimkan penulisan anda di sini tidak kiralah artikel atau cerpen dan lain-lain.
- Forum. Ya! Anda boleh turut serta dalam perbincangan dengan ahli yang lain dan anda juga boleh membuat tajuk baru untuk perbincangan dengan ahli lain.
- Muat Turun. Anda boleh muat turun artikel-artikel dan risalah-risalah yang disediakan oleh pihak paksi.net
- Radio Online
- Playlist Paksi.
- Topsite. Hantar link blog/website anda sekarang.
Sertai komuniti ini sekarang dan mula membina rangkaian dalam kerangka persaudaraan komuniti siswa!
Kunjungi PAKSI.NET dan daftar sebagai ahli sekarang.
number of view: 24
Tags:
agama,
berita,
forum,
galeri,
games,
ilmiah,
kartun,
Karya,
paksi,
persaudaraan,
rileks,
Santai,
siswa Category:
Reviews |
Comment