Hijrah seringkali dikaitkan dengan perubahan. Segala paparan sejarah berkenaan dengan kisah hijrah boleh dikatakan sudah diketahui umum. Walaupun tak semua yang mengetahui secara terperinci atau memahami hikmah di sebalik setiap peristiwa, namun umum mengetahui bahawa kisah hijrah menggambarkan sebuah perjalanan yang penuh dengan pengorbanan. Perpindahan yang menggambarkan bukti keimanan dan keazaman dalam perjuangan. Apabila kita mengimbau kembali sirah berkenaan dengan peristiwa hijrah, kita akan menyedari betapa hebatnya nilai ketamadunan Islam yang dibina daripada kesungguhan dan pengorbanan. Tak kurang juga kehebatan daripada segi strategi dan politik. Hijrah adalah sebuah momentum yang bukan dongengan, tapi dilakarkan oleh Rasulullah dan para sahabat 1431 tahun yang lalu. Ya, kisah lama yang segar dalam ingatan buat orang-orang yang mahu mengambil pelajaran. Continue reading ‘Perubahan Materi VS Perubahan Rohani’ »
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Kita hamba, kepada siapa?
Kita sedang dijajah apabila menjadikan diri hamba kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Sebaliknya, kita merdeka apabila menjadikan diri hamba kepada Allah. Hakikatnya, kita memang hamba Allah. Namun kita seringkali lalai dan diperhambakan oleh selain Allah. Islam datang dan memerdekakan manusia dengan menghapuskan perhambaan kepada makhluk dan selain Allah. Kelalaian kita menyedari hakikat ini menyebabkan kita sering merasa terpenjara, terikat dan terkongkong walaupun memiliki kebendaan yang hebat dan mampu memenuhi setiap keinginan diri. Persoalan kita hamba kepada siapa sudah lama terjawab. Sekarang kita harus membuat pilihan, sama ada ingin menjadi hamba yang ta’at atau yang ingkar. Apapun pilihan kita, ia sama sekali tidak menjejaskan Allah, penguasa segala hamba. Allah menawarkan kemerdekaan, jangan pula kita memilih keterikatan kepada makhluk dan kebendaan lalu meletakkan diri di dalam kebinasaan. Continue reading ‘Hamba Yang Merdeka’ »
“Allah telah memilihku sebagai seorang khalil, sebagaimana Dia telah memilih Ibrahim sebagai seoarang khalil”… pesanan Nabi SAW telah hubungan cinta agung antara seorang Rasul bernama Muhammad dan juga Rasul yang terdahulu, Ibrahim, kepada Kekasih yang Maha Pengasih, Allah ‘Azza Wa Jalla.
Khalil bukan kekasih biasa. Khalil dengan cintanya yang disebut khullah, adalah cinta pada kesempurnaan Esa dan Cinta. Dalam cinta yang bernama Khullah itu tiada yang dua.
Cinta biasa adalah cinta antara al-habib dan al-mahbub, dengan cinta yang bernama al-hubb. Tetapi khullah antara khalil adalah cinta tinggi yang tidak boleh dikongsi. Kerana ini Nabi SAW telah bersabda,
“Kalaulah aku ingin mengambil dari kalangan manusia itu seorang khalil, nescaya akan kuambil Abu Bakar sebagai khalilku. Akan tetapi sahabatmu ini (yakni Rasulullah SAW) adalah khalil kepada Allah SWT” Continue reading ‘CINTA DAN PENGORBANAN’ »
Saidina Ali ra, Mus’ab Bin Umair, Imam As-Syafie, Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Imam Hasan Al-Banna.
Ya Allah,hebat nama-nama yang disebut ini. Siapa mereka? Merekalah pemuda Islam yang telah mengubah dan mencorakkan dunia mengikut perspektif Islam yang tersendiri. Sungguh gilang gemilang catatan sejarah yang telah mereka ukirkan buat tatapan kita umat Islam khususnya pemuda Islam. Kehebatan mereka ini bukan terletak pada nama,pangkat, keturunan ataupun darjat tapi pada ke’intim’an mereka terhadap Allah swt dan RasulNya sehingga mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam hingga ke puncak kemuliaannya. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan bumi Allah ini dengan syariat dan kewajipan yang diturunkan Allah. Sungguh inilah jalan kejayaan sebenar buat mereka yang mahu menjejak kaki ke syurga bersama mereka. Continue reading ‘Pemuda Islam: Mari Kita Muhasabah’ »
Suatu malam yang hening, saya mendapat mesej daripada seorang teman:
“Salam…Dah tengok bulan?”
Saya yang sedang sibuk melakukan kerja di dalam bilik tidak pula merasa terpanggil untuk segera keluar. “Kemudianlah tengok. Tak ke mana bulan tu”, hati saya mendesis. Selang beberapa ketika, suatu panggilan masuk, saya jawab. “Eh Zul, ada di mana? Cepat keluar tengok bulan!” wah, teruja sekali bunyinya. “Ok”, Saya lantas mematikan panggilan dan segera keluar dan memandang ke langit. Terlihatlah akan indahnya bulan, dilingkari satu bulatan ibarat spektrum cahaya pelangi. Cahaya mengelilingi cahaya. Sungguh indah dan mempesonakan. Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu panggilan daripada seorang teman lain, “Zul ada di mana? Tengok tak bulan?” “Ya, dah tengok, dah ada orang beritahu tadi”. Continue reading ‘Kalau Bulan Bisa Berbicara’ »
Kalau sakit fizikal, kita dapat melihat dan terus merawat. Kalau sakit hati spiritual, tak ramai yang sedar dan kadangkala ia terus dibiarkan sampai mati. Maka hidup seperti mayat, tak terasa kenikmatan sejati, yang ada hanya kepuasan yang singkat. Jika kita ingin memenuhi segala tuntutan nafsu, kita pasti hancur diperhambakannya. Itulah hikmah Islam meletakkan batasan bagi setiap perbuatan kita, agar kita tidak sampai menghancurkan diri sendiri, kerana obsesi kepuasan. Perkembangan ICT yang semakin pesat adalah sesuatu yang sangat baik, namun boleh menjadi sesuatu yang sangat ‘destructive’ jika disalahgunakan. Siapakah yang bersalah? ICT atau manusia yang menjadi pengguna ICT? Bagi remaja dan pemuda yang memiliki jiwa yang meronta-ronta, ICT sentiasa menjadi bahan carian untuk santapan nafsu, jika tidak dipandu dengan TAQWA. Bermula dengan perkenalan yang ‘ringan-ringan’ sehinggalah kepada pertemuan yang penuh ‘murka’ dalam keadaan yang penuh ‘hina’ di sisi Allah. Sajian ini saya bawakan sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang saya kasihi. Ini bukan lagi dongengan untuk menakut-nakutkan, bahkan ia benar-benar sudah terjadi. Continue reading ‘Penyakit Seks Kronik’ »
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia, “We are special!“. Continue reading ‘We Are Special!’ »
Telah lama kita lesu daripada kegigihan dalam perjuangan. Bukan sekali kita lari daripada menggalas amanah dan kewajipan. Terlalu sering kita beralasan setiap kali diseru untuk berkorban. Acap kali kita menjadi hamba kepada keinginan, membuang perasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita membulatkan tekad melangkah gagah dalam perjuangan. Cukup sampai di sini teman, jangan bunuh dirimu sebelum ajal. Kelak kita akan mati sebelum mati. Continue reading ‘Cukup Sampai Di Sini’ »
Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terjang di dalamnya. Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang. Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain. Continue reading ‘Pemain dan Pengkritik’ »
Pernah suatu hari saya ingin melawat Mak Long di Temerloh. Saya daripada Kuantan. Dengan harga tiket RM 10 lebih kurang, saya bertolak ke Temerloh petang itu. Cadangnya cuma ingin tidur semalam dan pulang besoknya. Dalam perkiraan, cuma RM 20 diperuntukkan untuk pergi dan pulang. Setibanya di sana, abang dan kakak sepupu ramai, di bulan Ramadhan baru-baru ini. Kami sempat berbuka bersama. Malam itu, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, abang sepupu sempat menghulurkan RM 100 kepada saya. “Alhamdulillah, Terima kasih bang”. Dalam masa yang sama, kakak sepupu juga menghulurkan RM 50. “Subhanallah”, dalam hati saya serba salah. “Terima kasih kak”…Saya cuba menolak, namun dipaksa, “Ambillah, duit raya”. Malam itu mereka pulang ke Kuala Lumpur. Continue reading ‘Rezeki Di Tangan Tuhan’ »
Panas, panas, panas. Saya bukan ahlinya untuk berbicara isu ini, mungkin pembaca boleh membaca dan menilai daripada sekian banyak komentar dan berita yang saya senaraikan. Sekadar berkongsi. Buka sikit minda tentang isu hangat dalam negara:
Hidup ini takkan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku takkan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tak dapat nak reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut. Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita takkan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan. Allah memberikan peluang membuat keputusan, kemudian memberikan peluang mengambil pelajaran. Bahkan dengan taubat, Allah akan memadamkan semuanya daripada tulisan. Namun kita sentiasa lupa. Jadi, apakah kita mahu terus melakukan kesalahan dan kelak menyesal? Atau berfikir sebelum melakukan sesuatu yang takkan dapat terpadam daripada sejarah hidup? Maha suci Tuhan yang masih memberikan Rahmat dan Nikmat dalam hidup yang penuh dosa dan noda. Continue reading ‘Hidup Tidak Boleh Reverse’ »
Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah. Continue reading ‘Konsistensi’ »