Archive for the ‘Sirah Tokoh’ Category.

Mus’ab Bin Umair: Duta Islam Yang Pertama

Sumber: paksi.net

Berlatar belakang kota besar, lampu-lampu yang berkelap-kelip, kereta yang sibuk lalu-lalang di jalanan. Kaum muda mulai bersiap-siap untuk menyemarakkan berbagai kegiatan malam. Dengan memakai kasut berjenama, baju-baju buatan designer, dan tak lupa menunjuk-nunjuk Handphone model terbaru, ditambah dengan jam tangan trendy yang cantik. Bau perfume menyerbak dari mereka, perfume yang berbau wang.

Mereka tampak sibuk bergerombol menikmati malam, lalu-lalang di shopping complex, atau hanya sekadar lepak di mall, berusaha untuk membunuh kebosanan dengan melewati waktu dengan sia-sia. Kamu akan mendapati mereka duduk dengan tenang di kafe-kafe, hanya untuk melihat-lihat orang yang lalu-lalang, tertawa, sambil sesekali melihat layar tv besar yang menampilkan pertandingan bola sepak yang sedang berlangsung. Atau kamu juga dapat mendapati mereka sedang berlumba-lumba dengan keretanya, radio dipasang sekuat mungkin, mengejutkan orang-orang yang memandu di samping, sambil terus tertawa. Sebuah pemandangan yang biasa.
Continue reading ‘Mus’ab Bin Umair: Duta Islam Yang Pertama’ »

number of view: 61

Salahudin Penakluk Jerusalem: Bhgn 1

Sumber: Salahudin Penakluk Jerusalem, Novel Sejarah Islam Oleh Abdul Latip Talib

Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543 H atau 1138 M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub berbangsa Kurdis berasal dari Arzabaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa 2 orang putera bernama Najmuddin Ayyub (ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera.

Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi mahsyur apabila dewasa kelak.

Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin;

“Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan.”

Continue reading ‘Salahudin Penakluk Jerusalem: Bhgn 1’ »

number of view: 14