Archive for the ‘Mutiara Dakwah’ Category.

Seputar Tentang Dakwah

Dakwah secara literal bererti menyeru dan mengajak. Apabila kita melihat pengertian yang lebih khusus bersangkutan dengan Islam, ia adalah satu urusan menyeru manusia kepada Allah dengan Hikmah dan teladan yang baik untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Ia adalah satu proses yang telah berlaku, sedang dan akan terus berlaku sehingga hari kiamat, kerana ia adalah urusan Allah yang akan terus dipelihara-Nya. Sekalipun orang-orang yang berdakwah mati satu persatu, akan terus lahir di atas muka bumi ini orang-orang baru yang akan menanggung amanah tersebut. Kita juga menikmati Islam dan Iman pada hari ini setelah berlakunya proses Dakwah yang panjang sejak Rasulullah SAW dibangkitkan. Continue reading ‘Seputar Tentang Dakwah’ »

number of view: 78

Pemain dan Pengkritik

Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terjang di dalamnya. Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang. Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain. Continue reading ‘Pemain dan Pengkritik’ »

number of view: 12

Dibelenggu Pengalaman

Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada kecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan ketidakpastian. Kita buntu, tidak berani melangkah kerana pengalaman silam cukup memeritkan. Apabila itu yang kita alami dan kita tidak bisa keluar daripada pola pemikiran tersebut, sedarilah bahawa kita sedang DIBELENGGU PENGALAMAN! Continue reading ‘Dibelenggu Pengalaman’ »

number of view: 21

Kalau Tak Ikhlas, Tak Payah Buat?

Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat“. Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?

Continue reading ‘Kalau Tak Ikhlas, Tak Payah Buat?’ »

number of view: 16

Kontribusi Dakwah

number of view: 19

Mutiara Para Da’i

Ramai orang yang berbicara saban hari ingin merubah kerosakan dalam masyarakat, namun mereka menghabiskan masa untuk melakukan kerja-kerja untuk diri sendiri lebih banyak daripada berfikir tentang merubah keadaan masyarakat, dan sebenarnya tidak berminat untuk terus bekerja keras untuk umat. Mereka punya potensi yang diketahui namun tak ingin digali, mereka punya ilmu yang tak ingin difahami dan direalisasikan dalam hidup sebagai seorang Da’i. mereka itu mungkin kita sendiri, yang tak pernah cuba mengerti hakikat ini.

Continue reading ‘Mutiara Para Da’i’ »

number of view: 15