Archive for the ‘Motivasi Diri’ Category.

Environment: Dikawal atau Mengawal?

Pepatah arab ada mengatakan, Al-Musykilah Fil Hayah, An-Nufus Qobla Az-Zuruf. Ertinya “permasalahan utama dalam kehidupan adalah diri sebelum persekitaran”. Sebelum kita menuding jari menyalahkan environment yang buruk, lihat dulu ke dalam diri dan ubah apa yang perlu diubah untuk memastikan kita dapat menghadapi environment tersebut. Continue reading ‘Environment: Dikawal atau Mengawal?’ »

number of view: 42

Bersandar Pada Kehebatan Orang

Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat, sementara yang lain hanya ingin dipandang hebat. Ada beza antara keduanya. Golongan yang pertama akan terus mengikhlaskan niat, mencipta kehebatan seperti dikehendaki Allah dan Rasul serta sentiasa sedar akan kelemahan diri dan memperbaikinya. Golongan kedua akan terus tenggelam dalam pujian dan pengiktirafan manusia. Merasa hebat, dipandang hebat, tapi indah khabar dari rupa. Selalunya orang yang ingin dipandang hebat hanya akan menyandarkan kehebatannya pada orang lain.

Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain. Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal, ataupun orang-orang yang mengenali kita. Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama. Kita mula berbicara “ah, aku kenal Menteri Besar tu”, “oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu”. Jadi, apa masalahnya? Continue reading ‘Bersandar Pada Kehebatan Orang’ »

number of view: 48

Pemuda Islam: Mari Kita Muhasabah

Oleh: Hafiz Huzazi
Sumber: http://remajasempoi.blogspot.com

Saidina Ali ra, Mus’ab Bin Umair, Imam As-Syafie, Umar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi, Imam Hasan Al-Banna.

Ya Allah,hebat nama-nama yang disebut ini. Siapa mereka? Merekalah pemuda Islam yang telah mengubah dan mencorakkan dunia mengikut perspektif Islam yang tersendiri. Sungguh gilang gemilang catatan sejarah yang telah mereka ukirkan buat tatapan kita umat Islam khususnya pemuda Islam. Kehebatan mereka ini bukan terletak pada nama,pangkat, keturunan ataupun darjat tapi pada ke’intim’an mereka terhadap Allah swt dan RasulNya sehingga mereka bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam hingga ke puncak kemuliaannya. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan bumi Allah ini dengan syariat dan kewajipan yang diturunkan Allah. Sungguh inilah jalan kejayaan sebenar buat mereka yang mahu menjejak kaki ke syurga bersama mereka. Continue reading ‘Pemuda Islam: Mari Kita Muhasabah’ »

number of view: 21

We Are Special!

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“. Continue reading ‘We Are Special!’ »

number of view: 18

Konsistensi

Konsistensi merupakan anak kunci kepada kejayaan yang berterusan dan berpanjangan. Orang yang konsisten mampu bertahan lama dalam sesebuah amal walaupun sedikit. Dalam Islam, konsep ‘Istiqamah’ telah lama diajarkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan diterangkan oleh Rasul dalam sabdanya. Istiqamah adalah konsisten, tetap pendirian, teguh dan tidak berubah dalam melakukan atau mempertahankan sesuatu. Dalam melakukan apa jua amal, istiqamah sangat penting supaya matlamat yang dikehendaki daripada amal tersebut tercapai. Bukan sahaja dalam beramal, namun juga dalam mempertahankan kebenaran. Boleh jadi kita meninggalkan sesuatu amal atau pendirian kerana tidak terasa kesannya. Atau mungkin kita tidak terasa kesannya kerana tidak istiqamah. Yang mana yang betul? Mari kita meneroka hati dan berbicara tentang konsistensi atau istiqamah. Continue reading ‘Konsistensi’ »

number of view: 26

Dibelenggu Pengalaman

Pengalaman. Guru yang sangat berkesan. Boleh jadi satu memori hitam yang cukup menyakitkan. Apa yang sedang kita alami sekarang, sebentar lagi akan menjadi pengalaman. Setiap hari kita menimba pengalaman baru, meneroka alam kehidupan yang penuh dengan perkara-perkara yang harus dialami, tiada kecuali. Sekadar pengalaman tidak cukup membuatkan kita menjadi lebih baik jika tidak ada yang kita pelajari daripadanya. Bahkan mungkin, pengalaman dapat membawa kita ke dalam kehidupan yang penuh kerisauan, ketakutan, kebimbangan dan ketidakpastian. Kita buntu, tidak berani melangkah kerana pengalaman silam cukup memeritkan. Apabila itu yang kita alami dan kita tidak bisa keluar daripada pola pemikiran tersebut, sedarilah bahawa kita sedang DIBELENGGU PENGALAMAN! Continue reading ‘Dibelenggu Pengalaman’ »

number of view: 24

Di Kala Jiwa Mulai Kacau…

Oleh: Abu Islah
Sumber: Paksi.net

Sememangnya kita tidak akan terlepas daripada kefuturan jiwa / jiwa yg down disebabkan dek kesibukan belajar, assignment, tekanan di tempat kerja, pandangan mata yg tak terkawal, zikir dan ibadah khusus yg kurang/tidak dilaksanakan dan sebagainya. Terlalu banyak alasan boleh diberikan utk menjustifikasi kefuturan jiwa sehingga jika dibiarkan akhirnya kefuturan menjadi parah dan tidak boleh dirawat lagi. Jiwa itu tidak lembut lagi malah semakin kasar dan keras. Jiwa yang kasar dan keras melahirkan tingkahlaku yang kasar dan keras juga yang mana akhirnya mengakibatkan pergaduhan, kebencian, permusuhan, kemusnahan, pembunuhan dan segala natijah yang menjahanamkan diri sipemilik jiwa tsbt dan menganggu kehidupan yang lain. Continue reading ‘Di Kala Jiwa Mulai Kacau…’ »

number of view: 19

Ayuh Pulihkan Semangat

Semangat kita naik turun. Ada masa kita ingin melakukan segala-galanya dan ada masa kita ingin tinggalkan segala-galanya. Apa yang kita harus percaya ialah dalam diri kita ada potensi luar biasa yang diberikan oleh pencipta untuk digilap dan digali. Potensi kita akan mati jika dibiarkan terus berkubur bersama kelemahan dan keluh-kesah. Sebaliknya ia akan berkembang jika dicanai dengan semangat juang yang tinggi. Saat semangat itu luntur, bagaimana potensi akan bisa berkembang?

Continue reading ‘Ayuh Pulihkan Semangat’ »

number of view: 41

Antara ‘Down’ dan ‘Down Syndrome’

Tempoh hari saya sedang bersolat maghrib di sebuah surau di Taman Indera Sempurna. Setelah selesai solat, kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian perempuan. Dalam hati saya mengagak “mungkin sakit agaknya” dan saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…Begitulah, sehinggalah selesai imam membaca doa. Ahli jemaah bersurai dan saya menuju ke belakang, terlihat anak kecil tadi lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati saya berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome

Continue reading ‘Antara ‘Down’ dan ‘Down Syndrome’’ »

number of view: 17

Potensi yang terkubur dek kurangnya “PD”

PD? Apa itu PD? PD yang saya maksudkan ialah “Percaya Diri”. Dalam diri setiap orang terdapat potensi-potensi tertentu yang harus dikembangkan dengan baik. Tambahan pula dalam diri pemuda yang menjadi tunggak kepimpinan masa depan. Tanpa PD, segala potensi-potensi yang dimiliki akan terkubur dan tidak berkembang.

PD dapat dilihat daripada pelbagai aspek, baik dalam memberikan ucapan di khalayak ramai, menjawab peperiksaan, membuat keputusan dalam kehidupan, mempertahankan kebenaran, menegah kebatilan dan berkomunikasi dengan orang lain.

Dalam ertikata lain, PD merupakan pra-syarat untuk memastikan potensi yang terpendam dapat dikeluarkan dan digilap sehingga kilauannya dapat dilihat. Ada orang yang sebenarnya mampu melakukan sesuatu tetapi tidak sanggup kerana kurang PD. Ada orang telah membuat keputusan tetapi berubah prinsip kerana kurang PD.

Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Antara sebab kurangnya PD ialah kita terlalu melihat kepada kelebihan yang dimiliki orang lain dan selalu merasa tidak layak untuk menyerlah dan menjadi seseorang. Sedangkan jika kita bersyukur, kita pasti yakin bahawa Allah telah memberikan yang terbaik dengan setiap apa yang ada pada kita, tinggal lagi kita yang perlu mempercayainya dan bertindak.

Tanpa PD, kerja mudah akan menjadi susah, kerana mentaliti kita telah berubah dan menjadi negatif. Dengan PD, ditambah pula dengan prinsip yang kita pegang, kita mampu bertahan dan potensi yang ada pada diri dapat berkembang secara sihat.

Bagaimana dengan PD kita? Ada berani?

number of view: 5

Menggali Potensi Diri Secara Bertahap

Setiap insan diberikan potensi yang berbeza-beza. Secara umumnya, 3 potensi asas yang dimiliki oleh setiap insan ialah akal, jiwa dan jasad. Ketiga-tiga potensi ini harus diseimbangkan peningkatannya supaya seseorang dapat mencapai tahap insan yang syumul. Setiap orang mempunyai kecenderungan tersendiri terhadap sesuatu bidang. Daripada kecenderungan inilah sesebuah potensi itu dilatih dan diasah.

Jika kita sebut soal remaja dan pemuda, potensi yang dimiliki adalah luar biasa jika diasah dengan penuh tekun dan adil. Mungkin potensi itu belum sampai ke tahap kematangannya tetapi bibit-bibit perkembangannya harus dilihat dan diteliti supaya kita tidak mengabaikan potensi tersebut. Tambahan pula jika kita seorang yang sentiasa concern tentang permasalahan remaja. Kita risau melihat potensi-potensi tersebut disalah guna dan merosakkan diri mereka. Jadi kita harus bijak dalam mengembangkan potensi-potensi diri ini secara bertahap dan sihat.

Sebagaimana seorang bayi baru lahir bermula dengan merangkak dan lama-kelamaan bertatih dan berjalan dan kemudiannya berlari-lari…Kemudian dia sudah pandai melompat dan lompatannya pun lama kelamaan menjadi semakin tinggi. Daripada dia tidak tahu membaca, dia mengenal huruf, kemudian dia mengenal sukukata, mengenal perkataan dan sudah boleh menulis. Lalu daripada situ dia belajar berkata-kata yang pada mulanya kurang jelas dan kurang difahami, lama kelamaan dia menjadi seorang pemidato yang hebat. Itulah analogi potensi yang jelas kelihatan dalam kehidupan kita sebagai seorang insan.

Jadi, tidak wajar kita merendah-rendahkan seorang remaja kerana kelemahan yang kita lihat dalam dirinya, bahkan kita harus sentiasa optimis dalam membentuk potensi tersebut dan mengarahkannya ke tempat yang sepatutnya. Semangat yang dimiliki oleh golongan remaja sangat kuat dan hebat bahkan akan menjadi luar biasa jika disuntik dengan elemen-elemen Rabbani. Di sinilah perlunya seorang guru atau da’i yang bijak dalam menilai seseorang secara adil daripada segenap segi. Jika tidak, kita akan membinasakan diri kita dan diri remaja. Jangan hanya bercakap tentang kerosakan sedangkan kita tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki kerosakan tersebut.

Inilah antara intisari hadith yang disebut oleh Rasulullah SAW, menceritakan bahawa Manusia itu bagaikan bahan galian, yang terbaik di masa jahiliyyah akan menjadi yang terbaik di dalam Islam setelah dia memahami. Ertinya potensi yang dimiliki oleh para sahabat ketika jahiliyyah terus disinergikan setelah mereka memahami islam sehingga mereka dinobatkan sebagai yang terbaik.

Dalam mengembangkan potensi-potensi ini, kita harus memahami bahawa tidak dapat tidak ia mesti melalui sebuah proses yang bertahap. Jika tidak, kita akan kecewa kerana lambatnya berkembang potensi seseorang. Seorang murid darjah satu harus melalui beberapa level alam persekolahan dan tidak harus dihantar terus ke universiti pada tahun keduanya dengan alasan kita nampak potensinya. Nanti dia akan tertekan kerana tidak melalui proses yang sihat, tidak merasai alam kanak-kanak yang penuh dengan pembelajaran secara tidak langsung. Boleh dikatakan bahawa kita terburu-buru jika berbuat demikian.

Biji benih yang baru sahaja kita tanam hari ini pun tidak boleh lagi kita tuai pada hari esok, mungkin makan masa berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk kita petik hasilnya. Itu belum sebut soal gangguan-gangguan parasit yang lain yang akan membuatkan lebih lambat kita dapat memetik hasilnya. Ini analogi yang mudah dan jelas rasanya.

Jadi sebagai kesimpulannya, setiap orang memiliki potensi tersendiri yang perlu diasah dan disinergikan supaya ianya tidak terabai tanpa perkembangan dan potensi itu terus berkubur. Dalam usaha mengembangkan potensi-potensi ini, kita memerlukan tahapan-tahapan yang subjektif tempohnya. mungkin bertahun-tahun atau mungkin beberapa hari sahaja. Yang penting jangan terlalu mendesak sehingga potensi terencat dan tidak sihat.

Sama-sama kita gali potensi dalam diri kita sebelum kita melihat orang lain. Semoga berjaya!!

Sama-sama kita hayati video di bawah:

number of view: 15

Digging Volleyball: Harus Tenang dan Yakin

Hari ini UIAM Kuantan menganjurkan perlawanan sukan-sukan antara beberapa universiti di sekitar Kuantan. Perlawanan ini dinamakan sebagai “Fatal Four Way“. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Bola tampar, Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Saya turut terlibat sebagai salah seorang pemain bola tampar. Namun, hari ini saya telah belajar sesuatu yang sangat berharga. Saya bukan ingin bercerita tentang Fatal Four Way atau tentang saya, tapi tentang satu skill asas dalam permainan bola tampar, “Digging“.

Tahukah anda apakah itu digging?

Continue reading ‘Digging Volleyball: Harus Tenang dan Yakin’ »

number of view: 28

Fikirkan Boleh! Harapan Ramadhan

Salam sejahtera semua!

Bersempena Ramadhan yang semakin hampir, ayuh kita motivasikan diri dan menaikkan semangat untuk terus beribadah kepada-Nya.

Di sini saya sediakan video untuk sama-sama kita ambil manfaat.

Salam Motivasi Ramadhan!

Continue reading ‘Fikirkan Boleh! Harapan Ramadhan’ »

number of view: 24

Multi-talented Students

Sebagai seorang pelajar, kita tidak dapat lari daripada menghadiri kelas…Boleh dikatakan itu merupakan perkara ‘wajib‘ bagi seorang pelajar. Di sinilah kita akan diisi dengan ilmu-ilmu yang bersifat teori dan mungkin juga ada yang praktikal. Tidak kira dalam apa jua kursus pengajian yang kita ambil, kita tetap melakukan satu perkara yang sama.

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa suatu hari nanti kita pasti berhadapan dengan satu dunia (masih dunia yang sama) yang lebih mencabar dan penuh dengan aplikasi ilmu. Jika kita semata-mata hadir ke kelas dan menganggap itu sudah cukup sebagai bekalan untuk masa akan datang, maka kita mungkin ketinggalan dari awal lagi…Jadi, kali ini ayuh kita bercerita tentang MULTI-TALENTED STUDENTS

Continue reading ‘Multi-talented Students’ »

number of view: 11