Archive for the ‘Kisah Teladan’ Category.

Rezeki Di Tangan Tuhan

Pernah suatu hari saya ingin melawat Mak Long di Temerloh. Saya daripada Kuantan. Dengan harga tiket RM 10 lebih kurang, saya bertolak ke Temerloh petang itu. Cadangnya cuma ingin tidur semalam dan pulang besoknya. Dalam perkiraan, cuma RM 20 diperuntukkan untuk pergi dan pulang. Setibanya di sana, abang dan kakak sepupu ramai, di bulan Ramadhan baru-baru ini. Kami sempat berbuka bersama. Malam itu, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, abang sepupu sempat menghulurkan RM 100 kepada saya. “Alhamdulillah, Terima kasih bang”. Dalam masa yang sama, kakak sepupu juga menghulurkan RM 50. “Subhanallah”, dalam hati saya serba salah. “Terima kasih kak”…Saya cuba menolak, namun dipaksa, “Ambillah, duit raya”. Malam itu mereka pulang ke Kuala Lumpur. Continue reading ‘Rezeki Di Tangan Tuhan’ »

number of view: 26

Dia Bukan Ibuku

Sumber: Syed Zul Fauzi

Ibuku buta sebelah mata! Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku! Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar. Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku?!! Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya salah seorang rakan darjah berkata

“EEEE, ibumu hanya ada SATU MATA!” Continue reading ‘Dia Bukan Ibuku’ »

number of view: 6

Tragedi 2 Jun 2009

Ini kisah benar tentang diriku. Mudah-mudahan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur dan membawa pembaca menghayati erti kehidupan.

dsc0258112 Jun 2009, Selasa – Petang Selasa itu aku menunggang motosikal menuju ke Terminal Makmur, ingin membeli tiket pulang ke Pulau Pinang Khamis malam dan membaiki handset. Tiba di terminal, aku langsung menuju ke kaunter bas Utama Ekspres. “Tiket Khamis malam ni ada tak bang ke Butterworth?”. “Ada, jam 9 malam. Berapa orang?”. “Seorang. Berapa ringgit?”. “Rm 51″. Setelah mendapatkan tiket, aku sempat mencari kedai untuk membaiki handset di bawah terminal. Kedai Hotlink. “Bang, nak repair handset boleh? masuk air”. “Hmm…ni kalau repair ni lagi mahal daripada handset second hand ni dik. Macam mana?”. Continue reading ‘Tragedi 2 Jun 2009’ »

number of view: 21

Analogi Sebuah Kehidupan

Dalam satu kelas murid-murid sekolah rendah darjah 6, seorang guru masuk dan semua murid bangun memberikan penghormatan. “Semua bangun….Selamat Pagi Cikgu!” arah seorang ketua darjah diikuti oleh murid-murid yang lain. “Baik semua duduk” arah guru tersebut, Puan Alia. Puan Alia juga dikenali sebagai Ustadzah Alia oleh para pelajarnya. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam. Di antara semua guru yang lain, beliau merupakan guru yang paling disayangi oleh murid-murid. Setiap kali waktu beliau mengajar, murid-murid sentiasa ceria kerana cara pendekatan yang digunakan oleh beliau lain daripada yang lain.

“Baiklah murid-murid Ustadzah yang disayangi sekalian, hari ini kita akan main satu permainan”, kata Ustadzah Alia. Mata murid-murid kelihatan berbinar-binar tanda keriangan.

“Semua sudah bersedia?”

“Sudah!” semua sekali menjawab.

Continue reading ‘Analogi Sebuah Kehidupan’ »

number of view: 25

Batu Lontaran Hati

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat gelagat anak kecil tersebut.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut, anak kecil tadi melontarkan batu tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

“Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?”

jerit Executive tersebut.
Continue reading ‘Batu Lontaran Hati’ »

number of view: 39