Archive for the ‘Deep Thinker’ Category.

Berlapang Dada Dalam Perbezaan Pendapat

Allah menciptakan manusia dengan 1001 design luaran yang sememangnya berbeza, tak ada satu pun yang sama antara satu sama lain. Pasti ada bezanya, walaupun sedikit. Sekalipun pasangan kembar yang hampir sama, tapi masih tidak serupa. Itu daripada segi luarannya yang kelihatan, bagaimana pula soal pemikiran dan perasaan? Soal persepsi dan sudut pandang? Sudah tentu ada bezanya, kalau tidak banyakpun, sedikit. Ust. Pahrol Mohd Juoi (Ketua Editor Majalah Solusi) pernah berkata dalam satu ceramah yang saya hadiri, “biarpun kita berbeza, tapi tidak bertentangan”. Continue reading ‘Berlapang Dada Dalam Perbezaan Pendapat’ »

number of view: 65

Kalau Bulan Bisa Berbicara

Suatu malam yang hening, saya mendapat mesej daripada seorang teman:

“Salam…Dah tengok bulan?”

Saya yang sedang sibuk melakukan kerja di dalam bilik tidak pula merasa terpanggil untuk segera keluar. “Kemudianlah tengok. Tak ke mana bulan tu”, hati saya mendesis. Selang beberapa ketika, suatu panggilan masuk, saya jawab. “Eh Zul, ada di mana? Cepat keluar tengok bulan!” wah, teruja sekali bunyinya. “Ok”, Saya lantas mematikan panggilan dan segera keluar dan memandang ke langit. Terlihatlah akan indahnya bulan, dilingkari satu bulatan ibarat spektrum cahaya pelangi. Cahaya mengelilingi cahaya. Sungguh indah dan mempesonakan. Tidak lama selepas itu, masuk lagi satu panggilan daripada seorang teman lain, “Zul ada di mana? Tengok tak bulan?” “Ya, dah tengok, dah ada orang beritahu tadi”. Continue reading ‘Kalau Bulan Bisa Berbicara’ »

number of view: 24

Penyakit Seks Kronik

Kalau sakit fizikal, kita dapat melihat dan terus merawat. Kalau sakit hati spiritual, tak ramai yang sedar dan kadangkala ia terus dibiarkan sampai mati. Maka hidup seperti mayat, tak terasa kenikmatan sejati, yang ada hanya kepuasan yang singkat. Jika kita ingin memenuhi segala tuntutan nafsu, kita pasti hancur diperhambakannya. Itulah hikmah Islam meletakkan batasan bagi setiap perbuatan kita, agar kita tidak sampai menghancurkan diri sendiri, kerana obsesi kepuasan. Perkembangan ICT yang semakin pesat adalah sesuatu yang sangat baik, namun boleh menjadi sesuatu yang sangat ‘destructive’ jika disalahgunakan. Siapakah yang bersalah? ICT atau manusia yang menjadi pengguna ICT? Bagi remaja dan pemuda yang memiliki jiwa yang meronta-ronta, ICT sentiasa menjadi bahan carian untuk santapan nafsu, jika tidak dipandu dengan TAQWA. Bermula dengan perkenalan yang ‘ringan-ringan’ sehinggalah kepada pertemuan yang penuh ‘murka’ dalam keadaan yang penuh ‘hina’ di sisi Allah. Sajian ini saya bawakan sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang saya kasihi. Ini bukan lagi dongengan untuk menakut-nakutkan, bahkan ia benar-benar sudah terjadi. Continue reading ‘Penyakit Seks Kronik’ »

number of view: 13

Rezeki Di Tangan Tuhan

Pernah suatu hari saya ingin melawat Mak Long di Temerloh. Saya daripada Kuantan. Dengan harga tiket RM 10 lebih kurang, saya bertolak ke Temerloh petang itu. Cadangnya cuma ingin tidur semalam dan pulang besoknya. Dalam perkiraan, cuma RM 20 diperuntukkan untuk pergi dan pulang. Setibanya di sana, abang dan kakak sepupu ramai, di bulan Ramadhan baru-baru ini. Kami sempat berbuka bersama. Malam itu, mereka akan pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum pulang, abang sepupu sempat menghulurkan RM 100 kepada saya. “Alhamdulillah, Terima kasih bang”. Dalam masa yang sama, kakak sepupu juga menghulurkan RM 50. “Subhanallah”, dalam hati saya serba salah. “Terima kasih kak”…Saya cuba menolak, namun dipaksa, “Ambillah, duit raya”. Malam itu mereka pulang ke Kuala Lumpur. Continue reading ‘Rezeki Di Tangan Tuhan’ »

number of view: 22

Musibah dan Taubat Berjama’ah

Sumber: dakwatuna.com

Diolah oleh: zulyunus

Gempa 7,6 SR. menggoncang Sumatera Barat, pada Rabu 30 September 2009 petang hari. Sampai tulisan ini diturunkan lebih dari 200 jiwa meninggal dunia. Belum selesai rasa belasungkawa bangsa Indonesia dengan kejadian itu, gempa kembali menggoncang Jambi dan Bengkulu dengan kekuatan yang hampir sama, 7,0 SR. Semua warga yang mengalami musibah tersebut histeria, bingung, bahkan pengsan tak sedarkan diri.

Kejadian serupa juga belum lama lewat dari perasaan dan ingatan kita, gempa dengan kekuatan 7,5 SR. menggoncang Jawa Barat. Dari semua kejadian itu, kerugian material tidak terhitung jumlahnya, sangat besar sekali. Pemerintah (Indonesia) pun akhirnya mengeluarkan anggaran untuk bencana dari APBN yang tidak sedikit.

Jika musibah itu menjauh dari kita, tentu anggaran bencana itu bisa dialokasikan untuk kebutuhan yang lain, hajat primer masyarakat yang masih sulit ekonominya, untuk membayar hutang dan tentu untuk membangun kembali Indonesia. Continue reading ‘Musibah dan Taubat Berjama’ah’ »

number of view: 31

Cara Jalan VS Cari Alasan

Kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Nak buat cari jalan, tak nak buat cari alasan. Seribu satu alasan bisa diberi jika kita memang tak berminat untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya seribu satu jalan bisa kita terobosi jika kita nekad untuk melakukannya. Ini bukan teori baru, dan bukan pujangga lapuk. Ini adalah realiti yang kita sama-sama tahu dan sudah berada dalam diri kita, namun kita sering ‘tidak sedar’ dengan apa yang kita sedang lakukan. Untuk menentukan diri kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mencari jalan atau mencari alasan, kita lebih tahu. Kita boleh menipu manusia lain, tapi kita tahu hakikatnya. Bahkan Allah lebih tahu tentang diri kita dan hati kita. Continue reading ‘Cara Jalan VS Cari Alasan’ »

number of view: 28

Janganlah Bicara Begitu

Kita mungkin pernah mendengar orang-orang muda berbicara begini: “Orang-orang tua ni susah sikit. Mereka ni kolot. Susah nak terima pendapat orang lain. Asyik-asyik dengan teori lama dan tak relevan dengan zaman kini. Biarlah mereka dengan cara mereka. Lambat dan tak proaktif.” Dalam masa yang sama, orang-orang tua pula berbicara begini: “Orang-orang muda ni semangat mereka lebih sikit, susah nak kawal. Kita bagi nasihat pun tak mahu dengar. Biarlah mereka dengan cara mereka. Kita nak tengok setakat mana mereka punya kepandaian.” Haruskah begitu?

Kitaran Antara Tua dan Muda

Adakah orang muda akan kekal muda atau adakah mereka juga suatu hari nanti akan menjadi tua? Sebaliknya, adakah orang tua tidak pernah melalui masa muda hidupnya? Itulah kitaran yang akan berlaku. Orang muda pasti akan menjadi tua dan mungkin mengeluarkan pernyataan yang sama kepada orang muda di bawah mereka. Ketika orang tua melalui usia muda mereka dahulu, mereka juga mungkin tak sehaluan dengan golongan tua ketika itu. Sampailah pernyataan yang berunsur perpecahan itu terus berulang-ulang, generasi berganti generasi, usia berganti usia. Seolah-olah kita tidak pernah belajar sesuatu daripada kitaran tersebut. Continue reading ‘Janganlah Bicara Begitu’ »

number of view: 15

Mengapa Kau Menulis?

Penulisan merupakan satu senjata yang sangat mahal harganya, mungkin jua tak ternilai. Terlalu banyak yang bisa ditulis dan bisa difahami daripada penulisan. Kebelakangan ini, penulis-penulis muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka (termasuk saya) menggunakan blog sebagai sarana yang paling mudah untuk melontarkan idea melalui penulisan. Persoalannya…mengapa? Apakah ini satu gelombang yang sekadar memenuhi tuntutan zaman blogging ataupun ia suatu keharusan yang nantinya bakal membawa impak besar kepada Umat ini? Itulah yang cuba saya rungkaikan melalui penulisan kali ini. Anda diminta berfikir sejenak setelah habis membaca artikel ini.

Continue reading ‘Mengapa Kau Menulis?’ »

number of view: 23

Siapakah Pekerja?

Hari ini 1 Mei 2009, Hari Pekerja. Ya! Hari Pekerja.

zulyunus.com terpanggil untuk menulis sesuatu. Adakah Hari Pekerja bererti hari untuk bekerja atau hari bercuti? Confused…Bukankah Hari Pekerja bererti hari untuk pekerja melakukan aktiviti mereka iaitu bekerja? Mengapa Hari Pekerja cuti pula? hehe. Menarik persoalan ni. Ada lagi persoalan ni. Siapakah pekerja?

Continue reading ‘Siapakah Pekerja?’ »

number of view: 29

Antara ‘Down’ dan ‘Down Syndrome’

Tempoh hari saya sedang bersolat maghrib di sebuah surau di Taman Indera Sempurna. Setelah selesai solat, kedengaran suara seorang budak membaca Al-Quran tergagap-gagap dengan suara kuat dan pelik bunyinya. Suara itu mengulang-ulang bacaan yang sama beberapa kali dan datang daripada sebalik tirai bahagian perempuan. Dalam hati saya mengagak “mungkin sakit agaknya” dan saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkannya. Sesekali dia membaca Bismillah, sesekali membaca Al-Fatihah…Begitulah, sehinggalah selesai imam membaca doa. Ahli jemaah bersurai dan saya menuju ke belakang, terlihat anak kecil tadi lantas tersenyum kepadanya. Dalam hati saya berbisik, “budak ini istimewa. Tidak down walaupun memiliki Down Syndrome

Continue reading ‘Antara ‘Down’ dan ‘Down Syndrome’’ »

number of view: 12

Control or Being Controlled

‘Environment’ atau suasana merupakan satu elemen yang tidak lekang daripada kehidupan kita. Apa sahaja yang kita lakukan, pasti ada faktor environment yang walaupun tidak seratus-peratus menentukan hasil kerja kita, namun tetap memberikan impak kepada cara kerja kita.  Dalam ertikata lain, environment atau suasana ialah faktor luaran yang memberi kesan kepada kegiatan kita seharian.

Faktor suasana boleh menjadi kelemahan bagi sesetengah orang, dan menjadi kekuatan bagi orang lain. Kebanyakan daripada kita sering menjadikan suasana sebagai alasan bagi menutupi kelemahan diri. Sedangkan kita yang seharusnya menjadi pengawal suasana, bukan suasana yang mengawal kita.

Dalam sebuah kata ada mengatakan:

“Permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran”.

Ertinya sebelum kita menjadikan suasana sebagai punca kegagalan dan kelemahan, kita harus menyuluh diri sendiri terlebih dahulu, kerana itulah elemen utama dalam setiap pekerjaan kita. Ada orang tidak dapat mencapai kejayaan dalam keadaan negara yang aman dengan pelbagai alasan persekitaran, namun ada orang yang dapat mencapai kebahagiaan sekalipun dalam keadaan yang penuh tekanan dan ancaman.

Semua ini dikawal oleh minda. Minda yang kuat mampu mengawal suasana dan tidak terpengaruh dengan keadaan yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berusaha mencari suasana terbaik untuk perkembangan diri, melainkan kita tidak ada pilihan. Sepertimana dalam sebuah syair berkata:

“barangsiapa yang tidak tahu hendaklah dia bertanya, barangsiapa yang tidak mendapati orang yang mengetahui hendaklah dia berpindah.”

Di dalam syair ini menggambarkan bahawa kita harus berusaha mencari suasana yang terbaik untuk menuntut ilmu dan sentiasa berdamping dengan orang-orang yang berilmu.

Jika kita tidak tahan berada bersama orang-orang yang rosak dan takut menjadi rosak, berusahalah mencari teman yang baik. Jika kita lemah, carilah teman yang kuat, jika kita kurang berpengetahuan, carilah dan dampingilah orang-orang yang berpengetahuan. Cuma jangan jadikan suasana sebagai alasan sedangkan kita tidak pernah berusaha dalam mencari yang terbaik untuk diri.

Jika kita berjaya mengawal diri, letaklah dalam apa jua suasana sekalipun, kita yang akan mempengaruhi suasana, bukan suasana yang mempengaruhi kita.

Anda sedang dikawal oleh persekitaran atau anda yang mengawal persekitaran?

number of view: 1

Pencipta dan Keajaiban Ciptaan.

Kita adalah ciptaan. Tak mungkin kita sama sekali berani mengatakan bahawa kita menciptakan diri kita sendiri. Kita sendiri belum pasti apa yang akan terjadi kepada diri pada hari ini, hari esok dan akan datang. Apatah lagi untuk mengatakan bahawa kita yang menciptakan alam ini. Mustahil! Sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan putaran bumi, bulan dan bintang, matahari dan planet-planet yang di luar pandangan. Jika kita masih merasakan kita lebih berkuasa daripada pencipta, ayuh kita baca sama-sama artikel ini.

Continue reading ‘Pencipta dan Keajaiban Ciptaan.’ »

number of view: 20

Mentaliti Exam.

Sebelum anda membaca, suka diingatkan bahawa saya menulis sebagai orang ketiga yang melihat sebuah situasi. Dalam masa yang sama saya juga berada di dalam situasi tersebut. Jadi, segala idea dan gambaran ialah gambaran sebenar daripada pemerhatian. Boleh jadi betul boleh jadi salah. Jika salah tolong betulkan :-)


Sekarang musim exam di kebanyakan IPT-IPT tempatan. Juga di sekolah-sekolah dengan SPM. Satu musim yang menggambarkan budaya ilmu luar biasa saat seorang pelajar sanggup bersengkang mata menuntut ilmu. Satu musim yang kebanyakan pelajar menjaga pemakanan mereka, menjaga solat, selalu berdoa, rajin jumpa lecturer atau guru, kurang tidur dan macam-macam lagi petanda akan musim ini telah berlabuh di sebuah perjalanan pendidikan. Tanda-tanda juga terlihat apabila musim ini telah berakhir. Namun, sejauhmanakah musim ini membawa satu anjakan paradigma yang positif dalam kehidupan seorang pelajar? Dan persoalannya, saat musim ini berlalu, adakah mentaliti kita masih sama? Masih bersemangat menuntut ilmu? Masih menjaga segala yang perlu dijaga untuk menjana minda yang cerdas?
Continue reading ‘Mentaliti Exam.’ »

number of view: 5

Can You Ever Stop Thinking?

Sometimes in our life, when we are facing difficulties, we might consult with someone. He might say to us, “Hey, You think too much. Stop thinking about that” or someone might just say, “Do not bother about it, just stop thinking too much. Relax your mind.” I should ask you now, when you are in a relax state, do you think or not? So, can you ever stop thinking?

My friend, I think thinking is a continuous process. You only stop thinking when you are not eligible anymore to think…which is when you die. Even, when you say that you are not thinking about anything, you should have thought to say those words. Even when you feel that you are thinking about nothing, ‘nothing’ is what you are thinking about.

Continue reading ‘Can You Ever Stop Thinking?’ »

number of view: 2

Enlight Your Day

number of view: 7