Get Adobe Flash player

Penyakit Seks Kronik

Kalau sakit fizikal, kita dapat melihat dan terus merawat. Kalau sakit hati spiritual, tak ramai yang sedar dan kadangkala ia terus dibiarkan sampai mati. Maka hidup seperti mayat, tak terasa kenikmatan sejati, yang ada hanya kepuasan yang singkat. Jika kita ingin memenuhi segala tuntutan nafsu, kita pasti hancur diperhambakannya. Itulah hikmah Islam meletakkan batasan bagi setiap perbuatan kita, agar kita tidak sampai menghancurkan diri sendiri, kerana obsesi kepuasan. Perkembangan ICT yang semakin pesat adalah sesuatu yang sangat baik, namun boleh menjadi sesuatu yang sangat ‘destructive’ jika disalahgunakan. Siapakah yang bersalah? ICT atau manusia yang menjadi pengguna ICT? Bagi remaja dan pemuda yang memiliki jiwa yang meronta-ronta, ICT sentiasa menjadi bahan carian untuk santapan nafsu, jika tidak dipandu dengan TAQWA. Bermula dengan perkenalan yang ‘ringan-ringan’ sehinggalah kepada pertemuan yang penuh ‘murka’ dalam keadaan yang penuh ‘hina’ di sisi Allah. Sajian ini saya bawakan sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang saya kasihi. Ini bukan lagi dongengan untuk menakut-nakutkan, bahkan ia benar-benar sudah terjadi.

Niat berpesta seks, arak terbantut

BENTONG
– Niat enam pasangan remaja berumur 19 hingga 23 tahun menghabiskan masa hujung minggu dengan mengadakan pesta seks, arak dan dadah, tidak kesampaian apabila kesemua mereka ditahan polis dalam satu serbuan yang dijalankan di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, serbuan diketuai Pegawai Operasi Bahagian Narkotik, Cif Inspektor M Pirabaharan, dijalankan di sebuah pangsapuri di sebuah pusat peranginan terkenal di sini, kira-kira jam 12.30 pagi.

Menurutnya, operasi dijalankan selepas polis membuat intipan dan siasatan lanjut berkaitan kegiatan tidak bermoral remaja terbabit yang dipercayai turut didalangi individu tertentu sejak hampir setahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

‘Baham’ 6 Siswi


BENTONG:
Bermodalkan air liur ketika ‘mengayat’ melalui Internet selain menjanjikan kebahagiaan, seorang lelaki layak digelar ‘jurujual seks’ apabila menjadikan enam siswi sebuah kolej di Kuala Lumpur yang dikenalinya untuk ‘hidangan’ rakan bagi memeriahkan pesta seks serta arak anjurannya.

Difahamkan, lelaki hidung belang terbabit biasanya menyewa sebuah rumah atau pangsapuri sebelum enam pelajar institusi pengajian tinggi terbabit dipujuk mengadakan hubungan seks dengan rela hati ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

Tanpa diduga, enam penuntut terbabit yang bagaikan hilang arah selepas diperdaya dengan madah cinta rakan lelaki berkenaan, termasuk dua daripada mereka kakitangan kerajaan, dengan rela hati mengikut kehendak pasangan masing-masing.

Difahamkan, enam penuntut kolej berusia 19 tahun itu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pasangan, tetapi dengan rela hati berhibur sambil berpesta seks ketika khayal di bawah pengaruh alkohol.

Kumpulan terbabit akan bergerak dari satu negeri ke negeri lain dan menyewa pangsapuri untuk dijadikan markas pesta seks serta arak bersama pasangan masing-masing.

Setakat ini, mereka melakukan perbuatan terkutuk itu di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor selain di ibu negara.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, (gambar) yang melancarkan serbuan di sebuah pangsapuri di pusat peranginan dekat sini, diketuai Pegawai Operasi, Cif Inspektor M Pirabaharan bersama sepasukan anggota, jam 3 pagi, baru-baru ini.

Hasil serbuan itu, polis menahan enam penuntut perempuan terbabit bersama enam lelaki berusia 20 hingga 22 tahun, ketika mereka sedang menaiki tangga menuju pangsapuri disewa.

Katanya, polis sudah membuat intipan sejak beberapa bulan lalu sebaik menerima maklumat orang awam dan menubuhkan pasukan khas untuk membuat risikan.

“Ketika serbuan, enam penuntut perempuan terbabit bersama pasangan masing-masing termasuk dua kakitangan kerajaan baru tiba di pangsapuri itu dan mereka tidak sempat memboloskan diri kerana dikepung.

“Siasatan awal mendapati, kumpulan terbabit bergiat aktif dalam kegiatan tidak bermoral itu sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Katanya, hasil ujian saringan, tiga daripada kumpulan terbabit didapati positif ketamin selain memiliki 2.3 gram dadah itu serta 4.8 gram ganja, kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya Pindaan 1952; Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan keenam-enam penuntut terbabit serta memaklumkan kepada ahli keluarga masing-masing berhubung kegiatan tidak bermoral itu.

Rosli turut menasihatkan ibu bapa mengawasi pergerakan anak masing-masing yang tinggal berjauhan bagi mengelak terjerumus dalam aktiviti tidak sihat.

Sumber: Harian Metro

Itu hanyalah sebahagian daripada kes yang dipaparkan di dada akhbar. Pastinya masih banyak kes yang tersembunyi yang tidak dibongkarkan oleh akhbar. Kita juga sentiasa terdedah dengan persekitaran yang mendorong kepada kemungkaran tersebut sehinggakan kita juga tidak terlepas daripada godaan tersebut. Wahai diriku dan wahai pemuda-pemuda, walau sehebat mana kita menyembunyikan kemaksiatan yang kita lakukan, ingatlah bahawa Allah mengetahui segala isi hati dan segala yang tersembunyi. Itulah kunci untuk kita meninggalkan terus segala maksiat baik yang tersembunyi mahupun yang terang nyata.

“…Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.” (Faatir: 31)

Marilah kita mengawal nafsu dan memelihara diri daripada ‘penyakit seks’ dengan memperbanyak bacaan Al-Quran dan mentadabbur setiap ayat yang kita baca. Sesungguhnya di dalam Al-Quran mengandungi hikmah yang sangat besar dalam memastikan kita sentiasa menjauhi diri daripada segala urusan maksiat dan kemungkaran.

Jika lelaki, maka wanitalah ujian baginya. Jika wanita, maka lelakilah ujian baginya. Apakah kita selesa dengan merasa lemah?

Kehancuran sudah semakin berleluasa. Di manakah mulanya semua ini dan di manakah akhirnya? Renung-renungkan…

“Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”

(Muslim)

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

(Ali ‘Imraan: 14)

number of view: 163
  • Share/Bookmark

Related Posts:

Leave a Reply

Search Google
Subscribe Blog

Masukkan Email Anda:


Top Commentators
Jejak Pelawat

ShoutMix chat widget
zulyunus di Youtube
Topsite Paksi

Zulkifly Yunus's Facebook Profile

Peta Pelawat
Pelawat Online