Archive for May, 2009
Kalau Tak Ikhlas, Tak Payah Buat?
“Kalau tak ikhlas, baik tak payah buat!” Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar bila kita berat untuk melakukan sesuatu namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya. Apabila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut, maka kita terus berundur dan bertindak meninggalkan apa yang kita lakukan. Dalam hati kita bermonolog, “betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat“. Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya. Persoalannya, Adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan? Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?
Siapakah Pekerja?
Hari ini 1 Mei 2009, Hari Pekerja. Ya! Hari Pekerja.
zulyunus.com terpanggil untuk menulis sesuatu. Adakah Hari Pekerja bererti hari untuk bekerja atau hari bercuti? Confused…Bukankah Hari Pekerja bererti hari untuk pekerja melakukan aktiviti mereka iaitu bekerja? Mengapa Hari Pekerja cuti pula? hehe. Menarik persoalan ni. Ada lagi persoalan ni. Siapakah pekerja?
number of view: 133

