Get Adobe Flash player

Control or Being Controlled

‘Environment’ atau suasana merupakan satu elemen yang tidak lekang daripada kehidupan kita. Apa sahaja yang kita lakukan, pasti ada faktor environment yang walaupun tidak seratus-peratus menentukan hasil kerja kita, namun tetap memberikan impak kepada cara kerja kita.  Dalam ertikata lain, environment atau suasana ialah faktor luaran yang memberi kesan kepada kegiatan kita seharian.

Faktor suasana boleh menjadi kelemahan bagi sesetengah orang, dan menjadi kekuatan bagi orang lain. Kebanyakan daripada kita sering menjadikan suasana sebagai alasan bagi menutupi kelemahan diri. Sedangkan kita yang seharusnya menjadi pengawal suasana, bukan suasana yang mengawal kita.

Dalam sebuah kata ada mengatakan:

“Permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran”.

Ertinya sebelum kita menjadikan suasana sebagai punca kegagalan dan kelemahan, kita harus menyuluh diri sendiri terlebih dahulu, kerana itulah elemen utama dalam setiap pekerjaan kita. Ada orang tidak dapat mencapai kejayaan dalam keadaan negara yang aman dengan pelbagai alasan persekitaran, namun ada orang yang dapat mencapai kebahagiaan sekalipun dalam keadaan yang penuh tekanan dan ancaman.

Semua ini dikawal oleh minda. Minda yang kuat mampu mengawal suasana dan tidak terpengaruh dengan keadaan yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berusaha mencari suasana terbaik untuk perkembangan diri, melainkan kita tidak ada pilihan. Sepertimana dalam sebuah syair berkata:

“barangsiapa yang tidak tahu hendaklah dia bertanya, barangsiapa yang tidak mendapati orang yang mengetahui hendaklah dia berpindah.”

Di dalam syair ini menggambarkan bahawa kita harus berusaha mencari suasana yang terbaik untuk menuntut ilmu dan sentiasa berdamping dengan orang-orang yang berilmu.

Jika kita tidak tahan berada bersama orang-orang yang rosak dan takut menjadi rosak, berusahalah mencari teman yang baik. Jika kita lemah, carilah teman yang kuat, jika kita kurang berpengetahuan, carilah dan dampingilah orang-orang yang berpengetahuan. Cuma jangan jadikan suasana sebagai alasan sedangkan kita tidak pernah berusaha dalam mencari yang terbaik untuk diri.

Jika kita berjaya mengawal diri, letaklah dalam apa jua suasana sekalipun, kita yang akan mempengaruhi suasana, bukan suasana yang mempengaruhi kita.

Anda sedang dikawal oleh persekitaran atau anda yang mengawal persekitaran?

number of view: 60
  • Share/Bookmark

Related Posts:

  • No Related Posts

2 Responses to “Control or Being Controlled”

  • ahmad:

    Just nak bagi versi bunyi bahasa arab,”Permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran” dalam tulisan rumi : al-musykilah fil hayah an-nufus qabla az-zhuruf

  • zulyunus:

    Terima kasih Ahmad…betul tu, semoga ada manfaatnya untuk semua

Leave a Reply

Search Google
Subscribe Blog

Masukkan Email Anda:


Top Commentators
Jejak Pelawat

ShoutMix chat widget
zulyunus di Youtube
Topsite Paksi

Zulkifly Yunus's Facebook Profile

Peta Pelawat
Pelawat Online