Pencipta dan Keajaiban Ciptaan.
Kita adalah ciptaan. Tak mungkin kita sama sekali berani mengatakan bahawa kita menciptakan diri kita sendiri. Kita sendiri belum pasti apa yang akan terjadi kepada diri pada hari ini, hari esok dan akan datang. Apatah lagi untuk mengatakan bahawa kita yang menciptakan alam ini. Mustahil! Sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan putaran bumi, bulan dan bintang, matahari dan planet-planet yang di luar pandangan. Jika kita masih merasakan kita lebih berkuasa daripada pencipta, ayuh kita baca sama-sama artikel ini.
Dia yang menciptakan kita adalah dia yang sama yang menciptakan seluruh alam. Dia yang sama yang menciptakan segala makhluk di atas alam maya ini. Di sini ada pelbagai makhluk, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria, virus, dan sebagainya yang hidup. Manusia pula bukan hanya lelaki, ada perempuannya. Bukan satu bangsa, ada Melayu, Cina, India, Mat Salleh, African, Mexican, Arabian dan bermacam-macam lagi yang tak habis disebut-sebut. Daripada setiap bangsa itu bukan satu jenis warna kulit, tapi bermacam-macam warnanya dengan bermacam-macam rupanya, bermacam-macam cap jari yang tak sama, dan bermacam-macam perangai yang berbeza-beza. Dalam kepelbagaian bangsa itu, ada lagi kepelbagaian bahasa yang sungguh unik dan menarik. Ada bahasa Melayu, Hindi, Chinese, English, Kelantan
, Penang, Mexican, Philippines, Africa, dan macam-macam lagi lah. Saya sedang berbicara tentang manusia sahaja, belum masuk ke haiwan.
Haiwan yang ada di muka bumi ini bukan satu jenis, bahkan beratus-ratus dan masih ada yang tidak pernah kita jumpa. Ada gajah, harimau, singa, monyet, kera, khinzir, anjing, burung, ikan, ayam, kucing, zirafah, itik, lembu, kambing, ular, katak, biawak…fuh, tak tersebut banyaknya. Itu belum dilihat setiap satu. Burung pun ada macam-macam jenis, burung helang, burung merpati, burung merbok, burung merak, burung enggang dan lain-lain. Ular juga begitu. Ada ular sawa, ular tedung, ular kapak, ular daun, ular air dan lain-lain. Harimau ada harimau bintang, harimau kumbang, harimau malaya (hehe), kopi hari harimau pun ada. Ikan pula ada ikan tongkol, ikan kembong, ikan sepat, ikan paus, ikan jerung, ikan duri, ikan solmon, ikan cencaru dan ikan-ikan lain…Allahuakbar! Banyak lagi kena tulis ni.
Bahkan semua jenis-jenis binatang yang saya sebutkan di atas belum masuk kepada spesies-spesies yang lebih pelbagai. ular sawa saja dah macam-macam spesies. Ikan jerung saja pun dah tak tersebut spesies-spesies yang wujud. Itu belum masuk pasal serangga lagi tuh!
Ok, sekarang kita bicara soal tumbuh-tumbuhan. Daripada apa yang kita lihat saban hari pun dah begitu banyak jenis pokok yang dapat kita senaraikan. Ada pokok bunga dan ada pokok buah. Ada bunga raya, bunga kertas, bunga orkid, bunga tanjung, bunga ros/mawar, dan berbunga-bunga lagi. Ada pokok buah durian, rambutan, manggis, betik, jagung, tebu, tembikai, nangka, cempedak, pisang, anggur…fuh, macam-macam. Itupun belum masuk kepada setiap spesies bagi setiap jenis buah-buahan tersebut. Ada pisang tanduk, pisang emas, pisang berangan, pisang awak, pisang goreng
. Hebat kan?!
Masih merasakan bahawa kita lebih hebat daripada pencipta? Mari kita masuk ke dunia yang lebih mikro, dunia bakteria, virus, fungi, protista, parasit dan sebagainya. Setiap satu jenis daripada kesemua hidupan mikro ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, bentuk dan warna yang berbeza-beza. Setiap perbezaan itu mempunyai peranan tersendiri dalam mikrob menjalankan fungsinya. Dan tidak semua hidupan mikro ini membawa penyakit, bahkan ada yang memberikan manfaat kepada manusia. Ertinya mikrob ini mempunyai hubungan dengan kehidupan manusia baik yang memberikan manfaat dan yang memberikan mudarat. Ada virus HIV, virus Antraks, virus Hepatitis, virus Tibi, virus malaria dan lain-lain. Parasit sahaja pun dan bermacam-macam species dengan nama yang pelik-pelik. Para pelajar jurusan sains tentu tahu apa yang saya maksudkan.
Cukuplah setakat itu dahulu yang ingin saya gambarkan tentang luasnya variasi ciptaan sang Pencipta, yang tiada tolok bandingnya. Banyak lagi yang belum terungkapkan tentang keajaiban bumi dan planet-planet lain, tentang langit yang tidak bertiang. Apa yang ada yang kita lihat hari ini pun sudah cukup sebenarnya untuk melahirkan keinsafan di dalam hati dan menyedari betapa kerdil…kerdil….kerdil….kerdilnya kita sebagai ciptaan di hadapan Pencipta. Itupun Allah telah mengangkat kita untuk menjadi khalifah pentadbir alam ini. Dengan nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Allah Maha Besar…Tidak ada yang lebih besar daripada kebesaran-Nya.
number of view: 176

“dengan nikmat Tuhan manakah yg kamu dustakan”
-its true..
semakin bnyak nikmat yang Tuhan berikan,semakin kita lupa diri
dan tak pernah bersyukur atau puas dengan apa yg ada
sedangkan Allah dah tetapkan setiap sesuatu itu berlaku mengikut ketentuan takdirnya
smuanya dah tercatat di LOh Mahfuz..
-moga keredhaan ILahi sentiasa mengiringi perjuangan=)
-teruskan berjuang!
Betul tu…Sama-sama kita berjuang untuk hidup yang lebih baik kerana-Nya