Get Adobe Flash player

Archive for February, 2009

10 Acara Sukan Pilihan Lelaki

Hari ini saya cuma ingin berkongsi satu pembacaan daripada akhbar Berita Harian, sebuah artikel berkenaan  10 acara sukan pilihan lelaki. Menarik;

1. Bola sepak

2. Kriket

3. Tenis

4. Hoki

5. Besbol

6. Bola keranjang

7. Bola Tampar

8. Ping Pong

9. Ragbi

10. Golf

Yang bola tampar tu di ‘ bold’ kan sebab saya antara salah seorang yang memilih sukan ini. Apapun, tujuan kita bersukan ialah untuk menyihatkan badan dan menguatkan jasad. Sesungguhnya Allah lebih suka kepada mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.

Jangan kita memesongkan hala tuju sukan menjadi satu obsesi yang melalaikan, sehinggakan kita terikut-ikut dengan budaya barat yang meletakkan sukan sebagai segala-galanya dalam kehidupan. Tak salah bersukan atau minat sukan, jangan terlalu fanatik sehingga terkeluar daripada skop Ibadah dalam bersukan.

Selamat bersukan!

number of view: 138

Mus’ab Bin Umair: Duta Islam Yang Pertama

Sumber: paksi.net

Berlatar belakang kota besar, lampu-lampu yang berkelap-kelip, kereta yang sibuk lalu-lalang di jalanan. Kaum muda mulai bersiap-siap untuk menyemarakkan berbagai kegiatan malam. Dengan memakai kasut berjenama, baju-baju buatan designer, dan tak lupa menunjuk-nunjuk Handphone model terbaru, ditambah dengan jam tangan trendy yang cantik. Bau perfume menyerbak dari mereka, perfume yang berbau wang.

Mereka tampak sibuk bergerombol menikmati malam, lalu-lalang di shopping complex, atau hanya sekadar lepak di mall, berusaha untuk membunuh kebosanan dengan melewati waktu dengan sia-sia. Kamu akan mendapati mereka duduk dengan tenang di kafe-kafe, hanya untuk melihat-lihat orang yang lalu-lalang, tertawa, sambil sesekali melihat layar tv besar yang menampilkan pertandingan bola sepak yang sedang berlangsung. Atau kamu juga dapat mendapati mereka sedang berlumba-lumba dengan keretanya, radio dipasang sekuat mungkin, mengejutkan orang-orang yang memandu di samping, sambil terus tertawa. Sebuah pemandangan yang biasa.
Read the rest of this entry »

number of view: 312

Mujahadah mencari Redha Allah

2969

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Orang-orang yang berjihad disebut Mujahid. Seorang Mujahid akan sentiasa mujahadah. Mujahadah ertinya bersungguh-sungguh, berazam, berusaha sehabis baik dengan mengerahkan seluruh potensi yang ada. Ia mudah disebut tapi tak mudah direalisasikan. Kerana itulah orang-orang yang berjihad benar-benar akan diberikan petunjuk oleh Allah atas kesungguhan dan keazaman yang dibuktikan dengan amal. Hanya orang-orang yang mujahadah dapat memahami erti kesabaran dan kesusahan. Tidak ada perjuangan tanpa mujahadah. Tidak ada mujahadah tanpa kesabaran.

Read the rest of this entry »

number of view: 317

Control or Being Controlled

‘Environment’ atau suasana merupakan satu elemen yang tidak lekang daripada kehidupan kita. Apa sahaja yang kita lakukan, pasti ada faktor environment yang walaupun tidak seratus-peratus menentukan hasil kerja kita, namun tetap memberikan impak kepada cara kerja kita.  Dalam ertikata lain, environment atau suasana ialah faktor luaran yang memberi kesan kepada kegiatan kita seharian.

Faktor suasana boleh menjadi kelemahan bagi sesetengah orang, dan menjadi kekuatan bagi orang lain. Kebanyakan daripada kita sering menjadikan suasana sebagai alasan bagi menutupi kelemahan diri. Sedangkan kita yang seharusnya menjadi pengawal suasana, bukan suasana yang mengawal kita.

Dalam sebuah kata ada mengatakan:

“Permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran”.

Ertinya sebelum kita menjadikan suasana sebagai punca kegagalan dan kelemahan, kita harus menyuluh diri sendiri terlebih dahulu, kerana itulah elemen utama dalam setiap pekerjaan kita. Ada orang tidak dapat mencapai kejayaan dalam keadaan negara yang aman dengan pelbagai alasan persekitaran, namun ada orang yang dapat mencapai kebahagiaan sekalipun dalam keadaan yang penuh tekanan dan ancaman.

Semua ini dikawal oleh minda. Minda yang kuat mampu mengawal suasana dan tidak terpengaruh dengan keadaan yang kurang menyenangkan. Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berusaha mencari suasana terbaik untuk perkembangan diri, melainkan kita tidak ada pilihan. Sepertimana dalam sebuah syair berkata:

“barangsiapa yang tidak tahu hendaklah dia bertanya, barangsiapa yang tidak mendapati orang yang mengetahui hendaklah dia berpindah.”

Di dalam syair ini menggambarkan bahawa kita harus berusaha mencari suasana yang terbaik untuk menuntut ilmu dan sentiasa berdamping dengan orang-orang yang berilmu.

Jika kita tidak tahan berada bersama orang-orang yang rosak dan takut menjadi rosak, berusahalah mencari teman yang baik. Jika kita lemah, carilah teman yang kuat, jika kita kurang berpengetahuan, carilah dan dampingilah orang-orang yang berpengetahuan. Cuma jangan jadikan suasana sebagai alasan sedangkan kita tidak pernah berusaha dalam mencari yang terbaik untuk diri.

Jika kita berjaya mengawal diri, letaklah dalam apa jua suasana sekalipun, kita yang akan mempengaruhi suasana, bukan suasana yang mempengaruhi kita.

Anda sedang dikawal oleh persekitaran atau anda yang mengawal persekitaran?

number of view: 60

Apakah Yang Mematangkan Kita?

Hidup kita akan didatangi dengan seribu satu perkara. Ada yang menyeronokkan dan ada yang bakal mengguris jiwa. Ada yang terasa enak dan ada yang menyakitkan. Kita sendiri tidak pasti dengan masa depan. Kita melalui satu jalan kehidupan yang tidak ada ruang untuk berpatah balik. Dalam perjalanan singkat inilah kita belajar tentang kehidupan. Dalam setiap kejadian yang berlaku dalam hidup ini, kita mendapat sesuatu yang baru. Dan setiap hari kita menjadi lebih matang.

Jika kita terasa semakin matang dalam kehidupan, apakah yang mematangkan kita? Pernahkah kita merasakan bahawa setiap kali Allah memberikan ujian, Dia ingin membuatkan kita semakin matang? Atau kita sering terlupa akan liku-liku yang telah disusun oleh-Nya sepanjang kita hidup sehingga ke hari ini? Mungkin telah banyak perkara yang kita lalui sepanjang hidup ini, dan banyak lagi yang belum kita terokai.

Kita takkan matang tanpa ujian dan cabaran. Kita takkan berkembang tanpa masalah dan persoalan. Setiap liku yang kita lalui ada permata yang akan kita kutip untuk digunapakai sepanjang perjalanan. Setiap hati yang terguris akan mengenal erti penderitaan dan kesakitan. Daripada situ akan terbina kekuatan. Orang yang pernah merasa susah akan tahu menghargai kesenangan.

Kita seharusnya menerima segala yang terjadi dalam kehidupan sebagai sarana pendidikan jiwa, sebagai jalan tarbiyah Ilahi yang datang bersama kasih sayang untuk hamba-Nya. Selagi kita tidak menyedari bahawa Dia sentiasa ada, selagi itulah kita takkan pernah redha dengan segala yang menimpa kita, dan kita takkan pernah matang dengan apa yang kita lalui. Dan selagi itulah segala ujian yang datang akan terasa perit yang teramat sangat.

Namun, jika kita mula tengadah dan sedar sebelum terhantuk, kita akan merasakan betapa Allah menyayangi kita tatkala kita berhadapan dengan ujian, dugaan dan keperitan. Itulah yang disebut dan diulang dalam surah Al-Insyirah, “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan…Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan”

Di sebalik setiap kejadian ada hikmah-Nya, di sebalik setiap ujian ada nikmatnya, bagi orang yang ingin mengerti dan ingin berubah.

Marilah kita mula bertanya kepada diri sendiri, APAKAH YANG MEMATANGKAN KITA?

number of view: 204

Pencipta dan Keajaiban Ciptaan.

Kita adalah ciptaan. Tak mungkin kita sama sekali berani mengatakan bahawa kita menciptakan diri kita sendiri. Kita sendiri belum pasti apa yang akan terjadi kepada diri pada hari ini, hari esok dan akan datang. Apatah lagi untuk mengatakan bahawa kita yang menciptakan alam ini. Mustahil! Sedangkan kita sendiri tidak pasti dengan putaran bumi, bulan dan bintang, matahari dan planet-planet yang di luar pandangan. Jika kita masih merasakan kita lebih berkuasa daripada pencipta, ayuh kita baca sama-sama artikel ini.

Read the rest of this entry »

number of view: 176

Saat

Saat mereka bicara soal kehancuran,
aku sedang bicara soal pembinaan.
Yang hancur takkan kembali tegak
tanpa upaya untuk membina

Saat mereka bicara soal kerosakan
aku sedang terjun memperbaik keadaan.
Kerosakan takkan pulih tanpa pembaikan

Saat mereka mencari tenang dalam murka
aku sedang mencari cinta dalam Redha.
Ketenangan takkan hadir tanpa redha.

Saat dunia menjadi obsesi…
Ingatlah bahawa akhirat adalah destinasi.

number of view: 73

Potensi yang terkubur dek kurangnya “PD”

PD? Apa itu PD? PD yang saya maksudkan ialah “Percaya Diri”. Dalam diri setiap orang terdapat potensi-potensi tertentu yang harus dikembangkan dengan baik. Tambahan pula dalam diri pemuda yang menjadi tunggak kepimpinan masa depan. Tanpa PD, segala potensi-potensi yang dimiliki akan terkubur dan tidak berkembang.

PD dapat dilihat daripada pelbagai aspek, baik dalam memberikan ucapan di khalayak ramai, menjawab peperiksaan, membuat keputusan dalam kehidupan, mempertahankan kebenaran, menegah kebatilan dan berkomunikasi dengan orang lain.

Dalam ertikata lain, PD merupakan pra-syarat untuk memastikan potensi yang terpendam dapat dikeluarkan dan digilap sehingga kilauannya dapat dilihat. Ada orang yang sebenarnya mampu melakukan sesuatu tetapi tidak sanggup kerana kurang PD. Ada orang telah membuat keputusan tetapi berubah prinsip kerana kurang PD.

Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Antara sebab kurangnya PD ialah kita terlalu melihat kepada kelebihan yang dimiliki orang lain dan selalu merasa tidak layak untuk menyerlah dan menjadi seseorang. Sedangkan jika kita bersyukur, kita pasti yakin bahawa Allah telah memberikan yang terbaik dengan setiap apa yang ada pada kita, tinggal lagi kita yang perlu mempercayainya dan bertindak.

Tanpa PD, kerja mudah akan menjadi susah, kerana mentaliti kita telah berubah dan menjadi negatif. Dengan PD, ditambah pula dengan prinsip yang kita pegang, kita mampu bertahan dan potensi yang ada pada diri dapat berkembang secara sihat.

Bagaimana dengan PD kita? Ada berani?

number of view: 44

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Kita sedang hidup dan akan mati tatkala tiba masa yang ditentukan Allah. Kita tak pasti bila perpindahan daripada alam sementara ke alam kekal itu akan berlaku pada kita. Tatkala ia berlaku, kita sendiri tak dapat menghalang. Kita terkurung dalam dunia yang penuh cabaran dalam hidup yang penuh pancaroba. Hidup kita adalah ketentuan-Nya dan mati kita di tangan-Nya.

Tatkala kita tidak pasti akan semua itu, ada satu kepastian yang boleh kita katakan. KITA SEDANG HIDUP! Ya, kita sedang hidup dengan penuh nikmat yang sedang dirasai dan mungkin penuh liku yang sedang diterokai. Tidak disuruh untuk kita membunuh diri tanpa sebab dan tidak juga disuruh mencintai dunia sepenuh jiwa. Kita terpenjara dalam dunia yang penuh amanah, penuh tanggungjawab yang perlu diselesaikan.”Dunia itu penjara Mukmin Syurga Kafir

Orang beriman itu mencintai akan pertemuan dengan-Nya, merindukan syahid di jalan-Nya namun tidak pula hidup tanpa arah dan punca. Mereka mencari jalan demi dekat pada-Nya, mencari sinar demi melihat tanda-Nya, mereka hidup dan mereka tidak segan beribadah, bekerja dan berusaha memenuhi perintah dan panduan-Nya. Mereka tak segan hidup namun tak pula cintakan dunia bahkan menanti-nanti datangnya syahid.

Pun begitu, dalam dimensi lain ada orang yang hidupnya segan. Segan bekerja, segan beribadah, segan berzikir, segan berdakwah, segan berukhuwwah, segan menuntut ilmu, segan menunaikan perintah dan segala macam segan. Seolah-olah mereka segan hidup namun tak juga menanti-nantikan pertemuan dengan-Nya. Kerana mereka tahu akan daifnya amal untuk dipersembahkan, mereka tahu akan pertanyaan-pertanyaan yang tidak dapat mereka jawab di hadapan penguasa alam. Namun, dunia masih di hati dan dikasihi selalu dalam jiwanya, ibarat ingin hidup seribu tahun lagi. Entah ke mana tujuannya, entah di mana fahamnya tentang dunia yang tak lama lagi akan ditinggalkan.

Di satu sudut ada orang-orang yang hidupnya tak segan dan syahid dinanti-nanti, di sudut yang lain ada orang yang seolah-olah tak ingin hidup lagi, namun cinta dunia dan takut mati. Di mana mentaliti kita?…

Di mana identiti kita…Hiduplah dengan mulia dan citakan Syahid.

number of view: 90
Search Google
Subscribe Blog

Masukkan Email Anda:


Top Commentators
Jejak Pelawat

ShoutMix chat widget
zulyunus di Youtube
Topsite Paksi

Zulkifly Yunus's Facebook Profile

Peta Pelawat
Pelawat Online