Archive for November, 2008
Adakah Kau Lupa?
Hari ini saya ingin berkongsi satu video klip nasyid oleh kumpulan Alarm Me bertajuk “Adakah Kau Lupa?” Jika didengar lagu ini secara berulang-ulang, ia boleh menjadi peringatan bagi kita dan memotivasikan kita untuk terus berjuang dengan ikhlas demi mengembalikan sesuatu yang telah hilang dari kita, sesuatu yang telah dirampas daripada kita. Animasi dalam video klip ini menggambarkan peperangan antara tentera Salahuddin dan tentera salib.
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang
Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
Lagu & Lirik : Jef Hazimin Jaafar & Alarm Me
Programmer : Sharani
Vokal : Nordin
Publishing : Gurindam Cipta
Album : Alami
Analogi Sebuah Kehidupan
Dalam satu kelas murid-murid sekolah rendah darjah 6, seorang guru masuk dan semua murid bangun memberikan penghormatan. “Semua bangun….Selamat Pagi Cikgu!” arah seorang ketua darjah diikuti oleh murid-murid yang lain. “Baik semua duduk” arah guru tersebut, Puan Alia. Puan Alia juga dikenali sebagai Ustadzah Alia oleh para pelajarnya. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam. Di antara semua guru yang lain, beliau merupakan guru yang paling disayangi oleh murid-murid. Setiap kali waktu beliau mengajar, murid-murid sentiasa ceria kerana cara pendekatan yang digunakan oleh beliau lain daripada yang lain.
“Baiklah murid-murid Ustadzah yang disayangi sekalian, hari ini kita akan main satu permainan”, kata Ustadzah Alia. Mata murid-murid kelihatan berbinar-binar tanda keriangan.
“Semua sudah bersedia?”
“Sudah!” semua sekali menjawab.
number of view: 167Tatkala Kita Mengukir Senyum
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan saudara yang ku cintai. Sesungguhnya kita tidak bertemu dan berpisah melainkan dengan izin Allah yang menciptakan dan menentukan pertemuan dan perpisahan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini sementara kerana mati itu pasti dan hidup itu pasti berakhir di dunia ini. Ke mana kita sesudah itu? Ke alam yang abadi yang penuh dengan balasan, syurga atau neraka, nikmat atau azab.
Kita hidup dengan penuh kenikmatan yang tidak terhitung sebagaimana digambarkan oleh Allah bahawa kita takkan mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya. Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Tidakkah kita sedar dan insaf bahawasanya Allah menciptakan kita bersebab dan ada tujuan? Sesungguhnya Allah menjadikan segalanya di atas muka bumi ini sebagai perhiasan untuk menguji siapa yang terbaik amalnya.
number of view: 131Ar-Rahman
Allah memaparkan keagungan-Nya pada alam
kelihatan jelas pada setiap penciptaan
pada bulan yang mengambang
pada bintang yang berkilauan
pada matahari yang bersinat terang
pada langit yang mendung dan cerah
dan pada samudera yang terbentang
juga pada daun-daun yang berguguran
apakah sekadar itu?
tidak…ada lagi yang belum terungkapkan
pada binatang yang melata dan berterbangan
pada angin yang tenang dan kencang
pada tumbuhan yang subur dan layu
lagi pada api yang bersemarak
dan pada air yang berkocak-kocak
di sungai dan di laut.
Lalu Allah menggambarkan kehebatan-Nya dalam kalam
Al-Quran yang penuh hikmah dan rahmah
mengungkap seribu satu keajaiban
menceritakan kisah-kisah yang penuh teladan
membawa panduan yang tepat dan padat
mencorak permikiran insan
memberikan gambaran kehidupan
memimpin manusia membina cara hidup bertuhan.
Bagaimanakah kita menggambarkan diri kita?
Mampukah kita menggambarkan diri kita
sebagaimana Allah menggambarkan diri-Nya?
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Bila Manusia Bertuhankan Nafsu
Tuhan ialah tempat kita mengadu segala-galanya. Dia tidak memerlukan kita namun kita sentiasa perlu kepadanya. Tanpa tuhan, tidak mungkin wujudnya makhluk. Sehebat-hebat ciptaan sehingga sekecil-kecilnya pasti ada yang menciptakan. Itulah sifat makhluk yang jauh sekali dapat disamakan dengan sifat tuhan. Kerana Dia tiada siapa yang ciptakan.
Dia wujud sejak azali dan tidak ada pengakhiran. Jika kita memahami ertikata Tuhan yang sebenar, maka tidak ada yang layak dijadikan tuhan melainkan Allah dan hanya Dia yang memiliki segala-galanya. Kita zalim apabila mengambil yang lain menjadi ‘tuhan’ pada istilah kita kerana kita tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan bila manusia bertuhankan nafsu…
number of view: 80
