Salam Aidilfitri!
sudah sebulan lamanya blog ni tak di update. Mungkin agak sibuk atau sengaja menyibukkan diri. mungkin tiada idea atau tak cari idea untuk menulis. tetapi memang masa berlalu begitu pantas sehingga tak terasa kepergian bulan Ramadhan yang penuh berkah, dan sudah 10 hari syawal berlalu. Pantas, memang pantas…Dan tinggal sebulan sahaja lagi sebelum semester ini berakhir.
Sebelum saya menulis lebih lanjut, elok rasanya saya mengucapkan salam aidilfitri buat semua pengunjung motivasi remaja, tak kira anda remaja ataupun tidak. semoga kehadiran syawal kali ini benar-benar membuatkan kita merasa menang kerana telah ‘pulun’ sungguh-sungguh waktu Ramadhan lepas.
Sebagai seorang manusia biasa, amalan kita naik turun dan kita kadang-kadang tidak dapat menjangka akan cepatnya hati kita berubah daripada kuat menjadi lemah. Kadang-kadang di pagi harinya kita penuh semangat keluar menjalani kehidupan tetapi kita pulang dengan penuh kesedihan dan merasa lemah seolah-olah tidak ingin hidup lagi. Begitulah umpamanya hati kita yang begitu mudah berbolak balik. Bukan kita yang berkuasa untuk membolak-balikkannya, tetapi Allah. Ya, Dia yang Maha membolak balik hati manusia dan mengetahui segala-galanya di dalam hati kita.
Namun…
Bolehkah itu dijadikan sebagai alasan untuk kita sentiasa bersikap lemah dan mengatakan sememangnya Dia telah membuatkan kita lemah? Tidak! Bahkan atas sebab inilah kita perlu sentiasa berusaha mencari kekuatan dan sentiasa berdamping dengan-Nya untuk medapatkan kekuatan tersebut. Kita akan sentiasa bersungguh-sungguh mempertahankan segala kekuatan yang ada dan berusaha menjauhi sikap berasa lemah. Jika anda tidak percaya, tanyalah diri sendiri. Selama ini adakah kita benar-benar telah dijadikan lemah atau kita yang sengaja membiarkan diri kita berada dalam kelemahan?
Sememangnya manusia itu dijadikan lemah, namun itu bukan alasan untuk kita merasa lemah dalam menunaikan segala perintahnya. Bersabarlah dan beristiqamahlah kita agar sentiasa dapat mengatasi perasaan-perasaan yang membuatkan kita merasa lemah. Jika tidak, kita akan mudah ditindas dan pemikiran kita akan terus terjajah oleh mereka-mereka yang ingin melihat kehancuran dalam diri kita.
Jom kita bina kekuatan jom!
Sekali lagi selamat hari raya!
number of view: 73

apa yg baik itu datangya dari Allah,dan apa yg buruk itu dtngya dari diri manusia sendiri yg diciptakan dengan sifat yang lemah..tapi kebanyakn manusia,andai takdir yg buruk datang menimpa,semuanya disandarkan pada Allah,nmun jka takdir yg datng menyenangkan jiwa,manusia lupa pada yg Esa…seharusnya kita sentiasa bersangka baik dgn takdir Allah,kerana hanya Dialah yg mengetahui apa yg terbaik buat hmbanya..so,la tahzan wa la takhaf..Innallaha ma’ana =)
Salam adik….semoga masih dalam ‘afiat iman dan islam hendaknya…Amin
Teringat pada satu hadis shahih yang dimuatkan dalam kitab Hadis Arbain….Nabi SAW pernah mengingatkan kita tentang istiqamah…
“Katakanlah: “Aku beriman kepada Allah” dan istiqamahlah… (afwan, akak ingat-ingat lupa the whole matan…mungkin zul boleh semakkan nanti…Allahu a’laam).
Eid mubarak dari akak di bumi kangaroo….moga kembara mujahadah Ramadhan kelmarin masih tetap bergelora…mudah-mudahan….Bittaufiq untuk perjuangan di sana…mohon dititipkan doa juga buat akak yang masih berusaha untuk survive di sini….Wallahul musta’anu ‘ala ma tashifuun…
Jazakumullahu ahsanul jaza’
Terima kasih Akma dan Kak Yus atas perkongsiannya…
InsyaAllah saya cuba selitkan hadith tersebut pada masa akan datang.
Semoga terus istiqamah dan bertakwa di mana sahaja kita berada.