Mengapa Terburu-buru?
Sikap terburu-buru banyak meneggelamkan orang ke dalam kebinasaan dan kehancuran. Mengapa mesti terburu-buru?
sebelum Kita bicara soal terburu-buru, elok kita fahami bahawa terburu-buru tidak wajar disamakan dengan cekap dan pantas. tidak ada masalah melakukan kerja dengan cekap dan pantas tetapi jangan terburu-buru. dalam ertikata lain, kita boleh memahami ‘terburu-buru’ ini sebagai sikap melebihi batasan yang sepatutnya. Jika ada batasan-batasan jelas yang telah diletakkan dalam kita melakukan sesuatu pekerjaan, maka jadikanlah batasan-batasan tersebut sebagai landasan. Jangan melampauinya kerana anda akan dikatakan terburu-buru.
Itu secara teorinya, yang banyak sekali orang mengerti tanpa perlu diterangkan. Tetapi banyak orang yang gagal apabila memasuki alam realiti. Terutamanya dalam perkara-perkara yang memang memerlukan tempoh seperti menunggu padi tumbuh, menunggu keputusan temuduga dan sebagainya. Sabar dulu, jangan cepat melatah kerana itu tidak menyelesaikan masalah. Take your time, sit back and think for a while. berbincang lah dengan orang lain jika tidak dapat menyelesaikan sendiri.
Kesimpulannya, bersabarlah dan buatlah sesuatu mengikut landasan seharusnya
number of view: 31
