Ikhlas yang semakin pudar
Hari ini aku dengan bersemangat
menyusun langkah dakwah
mengimpikan kemenangan Islam
dengan segala kemampuan yang aku ada
aku berusaha menggunakan segenap sarana
namun
tak mudah untuk istiqamah
bukan pendek jalan yang dilalui
dan tak semudah yang disangka
dalam perjalanan itu
aku dilontarkan puji-pujian yang banyak
sehingga pudar sudah keikhlasan yang pernah aku rasakan
aku dapat merasakan pudarnya ia
tatkala semangatku kerana manusia
dan lemahku juga kerana manusia
tidak,
aku tidak mahu tunduk lagi
pada keinginan diri yang memaksa
biar aku terus berjuang
mempertahankan keikhlasan dalam hati
hanya kerana-Nya


Maaf andai ada kesilapan bicara atau kepincangan kata-kata…moga-moga keikhlasanmu takkan pernah pudar dan sirna…kerana hakikatnya ikhlas itu amatlah sukar…dan wajarlah ganjaran maha hebat disediakan untuk yang benar-benar ikhlas….wallahu a’laam…
~Ana al-faqirah ilallah~