“Aku dah lama hidup…aku dah dewasa, aku harus mula serius dalam kehidupan ini…”
“Ah, apa aku nak risaukan, kan hidup aku masih jauh perjalanan. Banyak lagi masa untuk aku bergembira…”
“Betul jugak. Aku masih muda. Ah! Tapi aku tak tahu bila kematian akan datang…”
“Apa nak dikira kematian? Tak perlu aku berfikir negatif. Hidup ni mesti happy!”
“Ya, aku masih sihat. Tak mungkin aku akan mati dalam masa terdekat”
“Ya! Macam tu baru lah jiwa muda!”
“Aku nak rasa segala keseronokan yang orang lain rasa. Aku nak bergembira sepuas hati sementara umur masih muda. Tapi, macam mana kalau tiba-tiba aku mati?”
“Apa nak dirisaukan? Bukankah Allah itu Maha Penyayang. Pasti dosaku diampunkan” Read the rest of this entry »
Number of View :1510 malam terakhir ini, mungkin terakhir dalam hidupku. Aku tidak tahu. Mungkin 10 malam terakhir ini yang paling bermakna dalam sejarah hidupku. Aku tidak pasti apakah 10 malam terakhir ini akan mengubah perjalanan hidupku selepas ini. 10 malam terakhir ini datang bersama sentuhan kasih sayang Allah. 10 malam terakhir ini membawa bersama naluri asli yang kumiliki sebagai seorang hamba. Hati ini terasa begitu terinspirasi untuk kembali kepada Ilahi. Ah, adakah aku cukup kuat untuk bertahan terus dalam berIbadah menyembah-Mu ya Allah, pada 1o malam terakhir ini.
10 malam terakhir ini pasti akan berakhir. 10 malam terakhir ini pasti akan pergi begitu cepat. Tak pernah dalam hidupku sebelum ini kurasakan begitu teruja untuk meneruskan 10 malam terakhir ini. Mungkin ini yang terakhir bagiku. Mungkin ini akan mengubah hidupku dan hatiku. Selamat datang 10 malam terakhir yang sentiasa kunanti-nanti sejak setahun yang lalu…
Hanya 10 malam, dan ia sepuluh malam terakhir. Ramadhan datang dan akan pergi begitu cepat, takkan kubiarkan 10 malam terakhir ini pergi tanpa aku berjaga mereguk kasih Ilahi. Malam Lailatul Qadar, lebih baik daripada 1000 bulan…
Number of View :82ada yang perlu dicari
ada yang perlu dinanti
mencari perlukan keazaman
menanti perlukan kesabaran
kekuatan jangan dinanti ada
tapi cari selagi terdaya
ada yang mencari mati
dan ada yang menanti-nanti
ada yang mencari cinta
dan ada yang menantinya
“Allahuakbar!”
Farid terkejut. Terjaga daripada lenanya. “Astaghfirullahalazim, mimpi…”. Jam loceng menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dalam keadaan separuh sedar, selimut dialihkan dan dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Farid berwudhu’ dan kemudian mengenakan jubah putihnya. Dalam kesunyian malam saat teman serumah yang lain sedang nyenyak tidur, dia bertahajjud menghadap Allah, bersujud dan merintih mengharap kasih sayang Allah. Begitulah rutinnya saban hari. Kadang-kadang dia terlalu letih sehingga tak terjaga sehingga subuh. Namun, hatinya pasti sesal dan azamnya akan sentiasa diperbaharui, agar hari-hari mendatang dia tidak lalai lagi.
Pagi Khamis itu terasa nyaman. Selepas Solat Subuh, Farid membaca zikir Al-Ma’thurat di Masjid Al-Mukmin yang terletak berdekatan rumahnya. Dia selalu berjalan kaki ke masjid setiap subuh. Teman serumah yang dikejutnya kadang mengikutnya, kadang terkandas. Apa yang pasti, dia takkan pernah lupa untuk mengejutkan mereka setiap kali sebelum berangkat ke masjid, atau setelah pulang daripada masjid pada waktu subuh. Read the rest of this entry »
Number of View :86
Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah interaksi kita dengan Al-Quran? Bagaimanakah kualiti bacaan Al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan penghayatan kita terhadap apa yang tertulis dalam Al-Quran? Sejauh manakah kita merasakan bahawa Al-Quran itu hidup dalam hati kita, dan hidup kita secara keseluruhannya adalah berpandu kepada acuan Al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan. “Eh, aku dah khatam dah waktu darjah 5 dulu tau!”. “Takpelah, aku tak pandai sangat baca Quran, segan la nak tadarus”. “Kalau ada masa lapang aku baca la Quran”. “Ye ke Quran ni lengkap?”. “Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun maknanya. Takpe, dapat pahala jugak”.
Kalau begini layaknya sikap kita terhadap Al-Quran, bagaimanakah mungkin diri kita itu terbentuk dengan Al-Quran? Read the rest of this entry »
Number of View :76Tags: Quran
Sudah separuh Ramadhan berlabuh. Satu bulan yang sentiasa kita nantikan, sedang berjalan dengan begitu pantas sekali. Bukan masanya lagi untuk berehat-rehat, bermalas-malas dan bertangguh-tangguh. Jangan sampai kerana kita bertangguh untuk mengejar Rahmat dan ampunan Allah, Allah juga menangguhkan kita di hari hisab. Lalu siapa lagi yang dapat memberi pertolongan kepada kita selain Allah? Masa masih ada, selagi nyawa belum sampai ke tenggorokan. Selagi nafas belum tersekat dan ruh belum tercabut daripada badan. Adakah kita sudah yakin bahawa Ramadhan yang telah separuh berlalu ini kita lalui dengan penuh keimanan dan penghayatan? Marilah temanku, kita bermuhasabah kerana masa itu begitu suntuk, dan kita begitu lalai.
“Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. “ (Al-Anbiya’: Ayat 1)
Allah sangat suka untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Demikianlah seperti termaktub dalam doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aisyah untuk dibaca pada malam Lailatul Qadar Read the rest of this entry »
Number of View :122Sempit dan sesak dada
pada bandar besar dan gah
saling ragu sesama sendiri
terasing dalam agama yang satu
tersisih dalam bangsa yang sama
menipu untuk hidup
hidup untuk menipu
nilai tenggelam dalam lautan budaya
yang hancur dirobek hedonisme
masing-masing punya obsesi
masing-masing punya mimpi
masing-masing dengan hal sendiri
aku terpaku berdiri
pada bandar yang luas
dengan dada yang sempit
Terminal Puduraya,
12.45 am, 4 April 2009
Hidup ini penuh dengan tanda tanya. Tanda tanya yang tak berjawab akan menimbulkan keraguan, ketidakpastian dan kekacauan. Sebelum kita tahu jawapannya, kita menjadi buntu dan ragu. Setelah kita tahu dengan pasti, maka keraguan akan hilang dan keyakinan akan mengambil alih. Dalam segenap aspek kehidupan, begitulah aturannya. Berusahalah agar dirimu tak tergantung dalam keraguan. Dapatkan kepastian, hiduplah dengan penuh keyakinan. Kepastian, walaupun pahit didengar, tetap lebih baik daripada keraguan.
Keraguan atau disebut juga sebagai was-was ini adalah satu penyakit. Jika dibiarkan, ia akan terus membengkak. Semakin banyak persoalan yang kita biarkan tanpa jawapan, semakin banyak simpulan-simpulan keraguan yang akan mengikat hati dan menjadikan dada terasa sempit. Apabila itu yang berlaku, maka kita sudah dikuasai oleh keraguan dan hidup kita penuh dengan ketidakpastian. Boleh jadi sampai tahap kita jadi tidak ketahuan.
Namun, tak semestinya tahu bererti yakin. Ada juga orang yang tahu tentang hari akhirat namun masih ragu-ragu. Ada orang yang tahu bahawa Allah pemberi rezeki dan penentu takdir kehidupan, namun tetap meragui ketentuan Allah. Maka keyakinan harus dibina bermula daripada tahu. Disebabkan itu keyakinan itu bertahap, bermula dengan keyakinan ilmu, keyakinan dengan melihat dan keyakinan yang haq di dalam hati, tanpa keraguan lagi.
Pendek saja perkongsian kali ini. Terima kasih kepada dia yang telah memberikan kepastian.
Number of View :79Semakin aku menjauh dari-Mu
Semakin hati merasa kosong
Jauh daripada kedamaian
Walaupun ku ada semuanya
Namun terasa tiada apa-apa
Hati seolah terpenjara
Tak mampu merasa bahagia
Aku benci apa yang kurasakan
Aku ingin mendekati-Mu
Namun hati merasa malu
Setelah hakmu kuabaikan
Setelah anugerahmu kudustakan
Setelah hariku berlalu penuh dosa
Lalu kupergi jauh, lebih jauh
Tak bisa kureguk cinta-Mu Read the rest of this entry »
Artikel ini merupakan kemaskini daripada artikel Taubat di pinggiran hati.
Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terkini yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan bahkan seketika tadi, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, namun sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?
Orang mukmin itu melihat dosa mereka seperti sebuah gunung yang akan menghancurkannya, sementara orang munafik itu melihat dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di mukanya Read the rest of this entry »
Number of View :160
Kita merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kepada orang lain, melainkan jika hati kita sudah sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang sembunyi-sembunyi. Dosa yang tak siapa tahu melainkan kita, dan Allah.
Number of View :100Dari An Nawas bin Sam’an RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya.” (HR Muslim) Read the rest of this entry »
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (Al-Maidah: Ayat 35)
Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan. Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah. Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah. Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga. Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad. Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan. Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptanya. Maka carilah jalan kembali. Read the rest of this entry »
Number of View :90Dapatkan Risalah Ramadhan percuma terbitan paksi.net. Semoga memberikan manfaat untuk semua. Klik pada imej di bawah untuk muat turun
Atau pergi ke http://paksi.net/downloads/kitramadhan/risalah.pdf
Number of View :78Setelah sesuatu berakhir, sesuatu yang lain akan bermula. Itu adalah satu hukum yang ditetapkan oleh Allah kepada alam. Tidak ada yang tiada awal dan akhir melainkan Dia, Allah. Walau seindah mana siang, malam tetap akan melabuhkan tirainya. Walaupun kita ingin kebahagiaan itu kekal, derita akan tetap bertandang menguji jiwa. Kekenyangan, di tahap manapun kita rasakan, takkan kekal kerana kelaparan sentiasa menyusul. Bunga takkan selamanya segar kerana layu adalah pengakhirannya. Hukum Allah ini adalah sebuah tanda buat orang yang beriman bahawa sehebat manapun makhluk, kelemahan telah menjadi sifatnya. Hidup kita juga akan berakhir, dan perhitungan akan bermula.
Di saat tibanya pengakhiran kehidupan kita, tidak ada yang dapat menangguhkannya. Read the rest of this entry »
Number of View :55


Komen Terkini